Header Ads

5 Sebab anda patut membeli Mitsubishi Outlander

Pandu uji Mitsubishi OutlanderMitsubishi Outlander adalah sebuah kereta baru jenis SUV yang dianggapkan paling megah. Dengan rupa bentuknya yang elegan dan nampak macam mewah, saya pasti semua orang mahu memilikinya.
5 Sebab Kenapa Perlu Beli Mitsubishi Outlander
Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai kereta SUV ini, lebih baik saya nyatakan lima sebab kenapa anda perlu beli Mitsubishi Outlander.
 1.) PROMOSI HARGA PENGENALAN
Bagi anda yang menempah sebelum 31 Mei 2016, MMM berikan harga pengenalan secara eksklusif iaitu RM166,720 (atas jalan tidak termasuk insurans). Ya, hanya untuk masa terhad sahaja.
Pandu uji Mitsubishi Outlander2.) REKABENTUK YANG MANTAP
Melihat keseluruhan tubuh badan Outlander, ia boleh membuatkan anda tak tidur malam. Bukan saja didatangkan dengan rekaan yang menarik dan maskulin, bahagian hadapan turut mengaplikasikan konsep Dynamic Shield, yang juga pertama dibawa masuk MMM.
Tambahan apabila bergerak di jalan raya, sememangnya tampak bergaya dan segak. Begitu juga pada bahagian belakang.
Pandu uji Mitsubishi Outlander    Pandu uji Mitsubishi Outlander
Antara ciri menarik Outlander adalah bumbung panoramik, lampu hadapan LED bersama lampu siang dan sistem kemasukan tanpa kunci. Lebih tampak garang, ia dipadankan dengan rim aloi dua-ton bersaiz 18 inci.Pandu uji Mitsubishi Outlander
3.) 7 BEG UDARA
Tahukah anda Mitsubishi Outlander memiliki tujuh beg udara. Memandangkan Nissan X-Trail adalah pesaing terdekat Outlander, Mitsubishi menempatkan tujuh beg udara untuk aspek keselamatan.
Untuk makluman, Outlander adalah satu-satunya model SUV yang mempunyai tujuh beg udara.
Masih tidak cukup? Jangan risau kerana Outlander turut memiliki Bantuan Mula Daki (HSA), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).
Pandu uji Mitsubishi Outlander    Pandu uji Mitsubishi Outlander
4.) SISTEM PINTAR 4WD 
Outlander didatangkan dalam varian pacuan empat roda (4WD) yang dijana unit enjin 2.4L MIVEC. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 165hp pada 6,000rpm dan tork puncak 222Nm (4,100rpm).
Bagi memberikan pengalaman pemanduan berbeza, Outlander menawarkan sistem 4WD Outlander yang mempunyai tiga mod berbeza iatu ECO, Auto dan Lock.
Mod 4WD ECO menawarkan pemanduan yang santai dan menjimatkan penggunaan bahan api. Ia turut menyumbang kepada penjimatan bahan api. Menurut ujian MMM, Outlander mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 12.8km per liter.
Pandu uji Mitsubishi Outlander5.) RUANG KABIN LUAS
Umum ketahui Outlander adalah model SUV dengan tujuh tempat duduk. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Okazaki, Jepun itu memiliki ruang kabin yang luas. Jika mahukan ruang kabin lebih besar, turunkan saja tempat duduk di barisan ketiga.
Kalau setakat nak berehat atau tidur yang selesa, Outlander mampu melakukan dengan melipatkan secara rata kesemua kerusi belakang.
SPESIFIKASI:
Mitsubishi Outlander
ENJIN 2.4 MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control)
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAX 165hp @ 6,000rpm
TORK MAX 222Nm @ 4,100rpm
HARGA RM166,720

Sumber -  Pandulaju.com

No comments

Powered by Blogger.