Header Ads

5 Resepi aiskrim yang berkhasiat untuk kesihatan anda

Sebelum ini viral aiskrim sumi dan choki-choki yang menjadi kegilaan ramai umumnya kepada anak remaja. Tapi, di sini saya ingin share kepada korang 5 resepi Aiskrim Yang Berkhasiat untuk dijadikan makanan deserts korang.

1. Aiskrim Blueberry Yogurt

Breakfast-yogurt-ice-lollies

Resepi

100g blueberry
75g granola
225g plain yogurt
2 sudu madu

Cara Membuat.

1. Masukkan blueberry di dalam mangkuk oven. Masukkan dalam oven 30-40 saat.
2. Potong granola kecik-l-kecil.
3. Campurkan blueberry dan yogurt dan gaulkan.. kemudian masukkan granola tadi.
4. Masukkan campuran tadi di dalam bekas aiskrim dan bekukan.
5. Masukkan di dalam peti ais beku.. siappp!

2. Aiskrim Coklat.

Magic-Star-ice-lollies

Bahan

300ml plain yogurt atau greek yogurt
4 sudu serbuk koko
Madu atau stevia secukup rasa.

Cara Membuatnya

1. Campurkan serbuk koko ke dalam yogurt.
2. Tambahkan madu atau stevia untuk rasa manis.
3. Bekukan di dalam bekas aiskrim

3. Aiskrim Melon

Two-Tone-Lollies-ext

Bahan-bahannya.

500mg tembikai, 1/4 di potong kecil, 3/4 diblender
300mg honey dew
1 biji lemon
Jus Apple.(beli di hypermarket)

Cara Membuat

1. Blender buah tembikai tadi.
2. Masukkan ke dalam bekas ais krim dan bekukan selama 1 jam
3. Blender honeydew bersama apple juice dan jus lemon.
4. Kemudian tuang di dalam bekas aiskrim yg telah dibekukan tadi, masukkan ke dalam peti semula.
5. Bekukan sampai keras.

4. Aiskrim Dragon Fruit Smoothies

Mixed-Berry-Smoothie-Lolly-ext

Bahan-bahan

1. 100mg dragon fruits
2. 250mg plain yogurt
3. Madu atau stevia

Cara Membuatnya

1. Blender buah dragon fruits
2. Masukkan yogurt
3. Masukkan madu atau stevia sehingga rasa manis.
4. Masukkan dalam bekas aiskrim
5. Bekukan.

5. Aiskrim Strawberry Pelangi.

Lovely-licks

Bahan-bahan

150g buah strawberry
Gula halus
1 sudu vanilla
500g yogurt
100g coklat putih
50g hiasan berwarna

Cara Membuatnya

1. Campur strawberry dengan gula halus, lenyek-lenyek strawberry sehingga gula mencair.
2. Campurkan yogurt dan bekukan.
3. Setelah beku, dipkan aiskrim kedalam coklat putih yang telah dicairkan dan taburkan hiasan gula berwarna di atasnya.
Ok selamat mencuba semua!!!!...
Sumber - Mamaalya

No comments

Powered by Blogger.