Header Ads

5 Lapangan Terbang Paling Berbahaya dan Berisiko Di Dunia

Tugas juruterbang bukanlah mudah. Risikonya tinggi kerana perlu menghadapi apa saja rintangan dan perlu menjaga keselematan beratus-ratus penumpang serta anak kapal. Sebab itulah gaji mereka amat tinggi setanding dengan risiko yang mereka hadapi.

Namun, tahukah anda risiko juruterbang menjadi amat tinggi apabila perlu mendarat atau berlepas di 8 buah lapangan terbang yang diklasifikasikan sebagai paling bahaya di dunia ini. Untuk ke lapangan terbang ini, pilot dan anak kapal memerlukan pertimbangan yang serius tentang risiko yang bakal mereka hadapi. Berikut adalah 5 fakta dan lokasi lapangan terbang yang dikatakan paling berbahaya dan menggerunkan buat para pilot: 



1. Lapangan Terbang Paro, Bhutan


Dikelilingi puncak Himalaya yang tinggi, lapangan terbang kecil itu dikatakan paling mencabar bagi seorang juruterbang.
(Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia
Pesawat yang hendak mendarat di situ bukan saja perlu mengelak puncak gunung di sekeliling lapangan terbang, tapi perlu berhati-hati dengan puluhan rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Dalam beberapa kes, ada kapal terbang yang melepasi jarak beberapa meter saja daripada bangunan.
Malah, proses pendaratan boleh jadi bertambah sukar dengan kehadiran angin.
Sehingga kini, hanya lapan juruterbang di dunia dianggap berkeupayaan untuk mendarat di sana.

2. Lapangan Terbang Ais Runway, Antartika


Pernahkan anda terfikir bagaimana reka bentuk lapangan terbang di Antartika?  Landasan kapal terbang di negara itu diperbuat sepenuhnya daripada ais, tanpa tanah sebagai asas untuk menyokong struktur di bawahnya.
(Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia
Walaupun pada musim bunga, lapisan ais di situ masih tebal dan mampu menampung berat pesawat.
Namun, jika terlalu berat, pesawat mungkin boleh terbabas dan menjunam terus ke dalam air sejuk.
Anehnya, pada musim sejuk pula, ais di laut menjadi begitu lemah hingga mustahil untuk kapal terbang mendarat dengan selamat, sekalipun ia hanyalah pesawat ringan.

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Barra, Scotland


Lapangan terbang seumpama itu adalah satu-satunya di dunia yang mana pesawat perlu mendarat di pantai.
(Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia
Barra adalah pulau di Outer Hebrides dengan jumlah penduduk hanya 1,174 orang.
Tidak hairanlah jika orang ramai tidak tertarik untuk datang berkunjung ke pulau terbabit kerana lapangan terbangnya hanya sekadar jaluran pantai.
Juruterbang perlu memastikan masa pendaratan sesuai kerana jika berlakunya air pasang, mereka akan mendarat terus ke laut.

4. Lapangan Terbang Gibraltar


Lapangan terbang ini sememangnya cukup unik dan kadangkala boleh jadi menyeramkan.
Ini kerana di tengah-tengah landasannya ada lebuh raya utama yang menghubungkan laluan di kiri dan kanan.
(Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia
Apabila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng dan penghadang jalan akan diturunkan seperti di kebanyakan landasan kereta api.
Bahaya sentiasa menanti jika ada pemandu kereta yang bertindak melintas secara tiba-tiba!
Begitupun, pihak berkuasa dilihat sentiasa mengambil langkah waspada dengan menutup kedua-dua laluan lebuh raya ketika ada pesawat ingin mendarat ataupun berlepas.

5. Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, Nepal


Dikenali sebagai salah satu lapangan terbang paling sibuk di Nepal, Tenzing-Hillary beroperasi pada ketinggian 2,438 meter dan hampir tidak ada ciri-ciri kawalan trafik moden.
(Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia
Lebih teruk, lapangan terbang ini tidak ada lampu dan hanya mempunyai bekalan tenaga elektrik yang sangat sedikit.
Kawasan ini kerap berdepan masalah liputan awan dan cuaca buruk. Sebab itu hanya penerbangan waktu siang dibenarkan dan bergantung kepada tahap kemahiran juruterbang di kawasan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.