Header Ads

5 Landasan keretapi paling berbahaya dan berisiko di dunia

Kereta api sudah terkenal sejak dulu lagi sebagai salah satu medium perhubungan dari satu tempat ke tempat lain. Sesetengah negara, ia masih dianggap penting bagi menyediakan khidmat untuk warga kota mahupun luar bandar bergerak ke tempat kerja.

Semasa anda menaikinya, ia tidak memberi kesan apa-apa pada diri anda, maklumlah berada di dalam perut kereta api. Namun kadang-kadang, perjalanan dengan kereta api boleh menjadi tegang ketika melalui landasan-landasan yang berbahaya. Kereta api boleh melalui di jambatan yang tinggi, atau melalui cerun gunung yang curam.

Di bawah ini adalah sebahagian dari jalan-jalan yang dilalui oleh kereta api yang betul-betul mengganggu fikiran anda.

Landasan kereta api Argo Gede – Indonesia
argogede
Indonesia ternyata mempunyai landasan kereta api yang ekstrim. Landasanan landasan ini menghubungkan Jakarta dan Bandung, Argo Gede adalah kereta yang beroperasi di landasan ini. Sepanjang perjalanan, landasan yang dilalui kebanyakan adalah jambatan tinggi di atas jurang. Namun yang menarik adalah pemandangan indah dengan sungai yang meliuk di bagian bawah landasan kereta api. Jika Anda berkeelana dari tol Cipularang akan terlihat kereta api ini melalui sebuah jambatan tinggi.

Landasan kereta api Minami Aso– Jepun
minamiaso
Landasan kereta api ini melintasi Gunung Aso, gunung berapi yang paling aktif di Jepun. Tak hanya gunung berapi, landasan kereta ini juga melalui ngarai, lembah, serta jurang yang dalam. Landasan kereta api Minami Aso ini terletak di Kumamoto Prefecture yang merupakan tarikan semula jadi yang menjadi kegemaran di kalangan pelancong ini.

Landasan kereta api Potrerillos– Chile
potrerillos
Landasan yang terletak di Pegunungan Andes ini berada di ketinggian 2,850 meter dari permukaan laut. Landasan ini menghubungkan kawasan Potrerillos sehingga Chanaral dan pelabuhan di Barquito. Dibangun oleh Perusahaan Andes Copper Mining pada tahun 1916, landasan ini digunakan untuk mengangkut pasokan ke Potrerillos, serta mengirim tembaga yang telah dimurnikan ke Pelabuhan Barquito.

Landasan kereta api Pilatus– Swiss
pilatus
Landasan ini menghubungkan Alpnachstad dengan Danau Lucerne di Swiss. Landasan Pliatus ini adalah salah satu landasan kereta api berbahaya di dunia, ia memiliki kemiringan 48%, sedangkan rata-rata kemiringan rel kereta api adalah sebanyak 38%. Landasan kereta api yang dibangun sejak 1889 ini berada di ketinggian 2,073 meter dari permukaan laut. Tidak hairan jika landasan ini disebut-sebut sebagai landasan kereta api ekstrem di dunia kerana mempunyai posisi landasan yang miring, kereta api tentu tidak boleh bergerak dengan cepat. Kecepatan kereta api tersebut hanya di antara 9 hingga 12 km/jam.

Landasan kereta api Qinghai– China
qinghai
Landasan ini menghubungkan wilayah Xining, ibukota Provinsi Qinghai, China ke Lhasa, Tibet. Landasan ini berada di ketinggian 4,500 meter dari permukaan laut dan membentang sejauh 1,956 km. Landasan kereta api Qinghai melalui wilayah beku sepanjang 550 meter, juga melalui terowong pada wilayah tertinggi dunia, Fenghuoshan, di ketinggian 4,905 meter.

No comments

Powered by Blogger.