Header Ads

5 Jenis pekerjaan yang sudah pupus pada zaman sekarang

Ini adalah jenis pekerjaan yang sudah PUPUS. Ingat apa, binatang je boleh pupus, pekerjaan pun ada yang sudah tidak lagi wujud zaman sekarang. 

Dengan peredaran zaman dan teknologi kian canggih. Beberapa pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi. Dan korang pun tak payahlah gatal-gatal pergi pejabat buruh nak minta jawatan ini.

1. Penyusun Pin Boling

penyusun pin boling - 10 pekerjaan yang sudah pupus

Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old skool la.

2. Jam Penggera Manusia


Aku sendiri pun tak terfikir zaman dahulu ada pekerjaan ini, kerjanya senang sangat, cuma perlu pergi kejutkan pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan, cuma perlu ketuk tingkat je.

3. Pemotong Ais


Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Tujuan ais ini diambil adalah untuk digunakan dalam bilik bawah tanah dan juga peti sejuk. Zaman itu peti sejuk belum cangih seperti zaman sekarang lagi.

4. Pendengar Pre-Radar Pesawat Musuh


Dalam pekerjaan ini, kita boleh lihat bagaimana jadinya jika teknologi tidak berkembang dizaman ini. Untuk mengesan pesawat musuh guna radar pun terpaksa menggunakan khidmat manusia. Manusia dikerah sepenuhnya semasa zaman itu.

5. Penangkap Tikus


Pekerjaan ini sekarang mungkin kita boleh anggap telah digantikan oleh orang yang buat pest-control, jawatan penangkap tikus ini diwujudkan di eropah bagi mengawal populasi tikus ketika itu.

No comments

Powered by Blogger.