Header Ads

5 Gajet kipas atau pendingin mudah alih bantu menyejukkan badan anda

Cuaca panas kesan El Nino memang membahangkan. Berpeluh-peluh badan dibuatnya walaupun tidak ke gim untuk aktiviti bina badan.
Pengguna yang sering berjalan untuk urusan harian pun agak terganggu dengan tahap kepanasan ini, duduk di kedai mamak sambil makan terpaksa minta kipas dibuka sampai kuasa penuh namun itupun masih panas lagi.
Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mendapatkan kipas atau pendingin mudah alih tambahan untuk menambah sedikit sejuk dan melegakan badan.
Dari artikel TheSkop mempunyai beberapa cadangan gajet yang boleh dibeli dan dibawa ke mana-mana atau tambahan pendingin hawa mudah alih yang boleh diletakkan di mana-mana ruang sama ada pejabat atau rumah.
Mini Cooli Handheld Air Conditioner Cooling Fan USB Port - pelbagai warna
Mini Cooli Handheld Air Conditioner Cooling Fan USB Port - ciri
1. Mini Cooling Handheld USB Port
Kipas kecil yang bersaiz kompak boleh dibawa ke mana saja. Ia seakan kotak telefon pintar bersaiz 5.0 inci dan boleh digunakan ketika anda duduk di kedai mamak sambil makan ataupun ketika berada dalam kelas dengan kipas yang tidak cukup kuat untuk menyejukkan anda.
Sama ada dengan atau tanpa kabel, ia mempunyai bateri yang boleh bertahan kira-kira 6 jam. Terdapat satu span yang boleh dibasahkan dengan air sejuk kemudiannya dimasukkan dalam aircond mini ini dan ia memberi kesejukan macam dalam peti ais. Harga gajet ini dianggarkan lebih kurang RM200 hingga RM300.
Honeywell
2. Honeywell Portable MN10CES
Sebuah penghawa dingin beroda yang boleh ditolak ke mana saja dalam ruang rumah atau pejabat untuk penyejuk tambahan. Harganya kira-kira dari RM1,500 hingga RM1,800 bergantung kepada kedai mana yang anda cari.
Sudah pasti, ia memberi kesejukan yang lebih banyak dan bagus dan bertindak sebagai penapis udara pada masa yang sama. Mengikut spesifikasinya, ia boleh menyejukkan kawasan sehingga luasnya 400 kaki persegi. Pada musim panas sebegini, ia memang membantu!
Mini Fan Air
3. Mini Fan Air
Ia mempunyai dua slot penyejuk yang boleh ditetapkan dan sesuai juga untuk kegunaan ketika berkelah, piknik dan aktiviti luar berdasarkan kuasa bateri jenis AAA sebanyak tiga unit atau sambungan USB.
Anda boleh letakkan ais dalam kotak disediakan untuk tambahan sejuk dan kipasnya juga tidak terlalu bising. Rekaannya pun nampak moden dan kipas boleh ditetapkan pada 130 darjah atau 80 darjah. Harganya pun mengikut kedai online dalam RM50 hingga RM100 apabila ia dalam tempoh promosi.
Portable Mini Handheld USB Mini Air Conditioner Cooler Fan
4. Handheld Air Cond
Ia boleh dipegang saja dan digunakan ketika anda sedang berjalan. Ini kerana ia mempunyai tali yang boleh menggantungkannya atau pemegang bagi mengetatkan pegangannya ketika anda berjalan bersama.
Kipas boleh menggunakan bateri AAA ini juga boleh dipasang depan komputer kalau anda panas ketika bekerja atau menaip tugasan kolej. Harganya pun sekitar RM50 hingga RM100 saja.
FSH - boleh letak di ruang kerja
5. FSH
Kipas berbentuk menara atau tower ini memang mudah diletakkan di mana-mana ruang dalam pejabat atau rumah. Jika anda pengusaha restoran atau kafe pula, ia penyejuk tambahan kepada pelanggan anda yang kepanasan selain menghidangkan air sejuk untuk membasahkan tekak.
Model seperti FSH Portable USB berharga hanya RM100 hingga RM150 saja dan anda boleh menetapkan tahap kelajuan yang diinginkan. Selain menggunakan plug, ia turut berupaya dioperasikan dengan bateri.

No comments

Powered by Blogger.