Header Ads

16 Tips dan panduan untuk menjaga bayi yang baru lahir



Selalunya apabila anda baru sahaja menimang cahaya mata, keterujaan jelas terpancar. Tetapi adakah anda tahu, bayi yang baru lahir ini, cerewet untuk dijaga. Al-maklumlah mereka masih lagi lembut dan tidak mengenali lagi apa itu dunia. Kadang-kadang ada yang terjaga malam kerana anak hendak susu ataupun perut mereka tidak sedap samada kembung atau sakit perut. 


Di sini saya kongsikan dari FB Normah Ahmad dengan menyenaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti dalam menjaga anak yang baru lahir.

1. Guna sedikit minyak kelapa atau minyak badam semasa bersihkan punggung bayi. Minyak ini akan berikan kelembapan dan proses pembersihan pun menjadi mudah.

2. Gunakan lampin yang sesuai dan mudah.

3. Apabila mahu menukar lampin, letakkan yang baru di bawah yang telah digunakan.

4. Gunakan punting atau springe yang boleh didapati di farmasi apabila hendak memberi ubat kepada bayi anda. Kaedah ini sangat berkesan bagi bayi yang tidak gemar memakan atau minum ubat.

5. Lakukan senaman seperti berbasikal bagi mengatasi masalah perut anak anda kembung. Tetapi lakukan perlahan-lahan. Jangan ganas sangat.

6. Belikan bedung atau barut yang mudah untuk dipakai. Pakaikan yang jenis berlekat jadi anda tidak perlu risau jika bedung tersebut terbuka semasa mereka tidur.

7. Bedung bayi anda seawal yang mungkin dan pastikan bedung diikat dengan betul.

8. Jangan biarkan bayi anda terjaga lebih dari satu jam kerana bayi perlukan tidur yang banyak untuk proses tumbesaran.

9. Pastikan anda tidur apabila bayi anda tidur.

10. Susukan bayi anda semasa mereka bangun, bukan semasa hendak tidur sahaja.

11. Jangan kejutkan bayi anda apabila mereka merengek kerana kemungkinan mereka mengigau semasa tidur. Pastikan mereka benar-benar bangun baru angkat.

12. Bagi bayi yang sudah boleh duduk sendiri, anda boleh letakkan mereka dalam bakul pakaian supaya mereka tidak tergelincir ketika mandi.

13. Jangan biasakan bayi anda tidur dalam keadaan sunyi kerana apabila tempat bising, mereka mudah terjaga. Jadi biasakan mereka tidur dalam suasana bukan senyap.

14. Gunakan baju yang terbuka di bahagian bawah apabila anda di rumah. Mudah untuk menukar lampin.

15. Jika anda mahu kejutkan bayi anda untuk menyusukan mereka tetapi tidak berjaya, cuba tukar lampin. Pasti mereka akan terbangun.

16. Pastikan anda mengambil gambar perkembangan bayi anda untuk dijadikan kenangan.

No comments

Powered by Blogger.