Header Ads

13 Panduan Dan Tip Tentang Orang Arab Yang Anda Tidak Tahu

Pasti ramai diantara kita yang teringin untuk menunaikan ibadah Umrah dan mengerjakan Haji di Kota Suci Mekah. Tidak kira apa tujuan kita, sebagai masyarakat yang sentiasa mengambil tahu mengenai budaya dan masyarakat setempat tahukah anda beberapa perkara yang mungkin kita rasa biasa lakukan di tempat kita tetapi luar biasa jika berada di Arab Saudi?

Jadi disini disertakan 13 panduan dan tip untuk mereka yang ingin melancong atau perkara yang anda tidak tahu tentang orang Arab.

1. Apabila memandu kereta tengah malam, mereka suka pasang lampu dalam kereta. Tujuannya untuk elak rakan tertidur semasa berbual. Sakit hati juga, berbual seorang diri.

2. Berada di kedudukan paling belakang ketika lampu isyarat merah, tapi dia yang paling kuat tekan hon apabila lampu isyarat baharu bertukar hijau.

3. Budak-budak awal remaja tak merempit dengan motosikal tetapi dengan kereta. Kadang-kadang boleh tengok Lexus, GMC, Honda dan Camry berlumba di atas jalan raya.

4. Gila bola. Dari budak-budak sampai kepada bapa budak. Baju paling laku ialah jersi bola sepak. Padang bola sepak boleh dilihat di mana-mana. Namun, jangan sangka ia berwarna hijau. Padang mereka di atas gurun pasir berbatu atau jalan raya.

5. Aib sebut nama ahli keluarga perempuan ketika berbual sesama rakan lelaki. Mereka hanya akan guna ‘ibu kepada’ atau ‘adik/kakak kepada’. Contoh: Ummu Marwan (ibu Marwan), Ukhti Muhammad (kakak/adik Muhammad).

6. Berjalan sambil pegang tangan sesama lelaki adalah normal dan tidak dicop apa-apa. Ia tanda keakraban antara sahabat lelaki. Diorang tak rasa apa-apa. Rileks dan chill jek.

7. Jubah adalah pakaian rasmi. Jika pergi bank tengok ada pegawai pakai sut, pasti itu bukan asal Saudi atau mungkin baru balik belajar luar negara. Kesemua pejabat kerajaan, pakaian rasmi ialah jubah putih dan serban merah/putih.

8. Memakai kain pelekat di luar rumah adalah perkara aib. Ia hanya dipakai di dalam rumah sahaja. Kain pelikat seolah-olah pakaian tidur. Namun, ada bangsa seperti Yaman atau Melayu yang tinggal di Arab Saudi selamba juga pakai. Lama-kelamaan, ia menjadi biasa.

9. Memberi dengan tangan kanan. Makan dan minum dengan tangan kanan. Ia mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang, jika di restoran, anda akan ditegur secara terus jika menggunakan tangan kiri untuk minum air.

10. Pemurah hati. Arab sangat pemurah dalam bab bersedekah. Kita dapat melihat contoh itu ketika bulan Ramadan. Ada yang beri makan, ada yang beri duit kepada jemaah umrah dan haji. Tak kurang, mereka handal dalam rai tetamu. Jika dijemput ke rumah untuk makan, bersiap sedialah longgarkan tali pinggang. Tak muat perut beb. Makanan bersilih ganti dan penuh satu meja.

11. Sendawa adalah sesuatu yang mengaibkan bagi mereka. Anda perlu menahan sendawa. Jika terlepas, anda akan dipandang serong.

12. Kereta jarang dicuci. Semakin kotor kereta, semakin bertambah bangga. Ini menunjukkan mereka seorang pengembara yang berjalan jauh menempuh debu padang pasir.

13. Hilux adalah merupakan model kenderaan kegemaran bagi orang Arab kerana ia boleh multitasking. Ketika musim biasa, ia angkut kambing dan makanan unta. Jika musim haji, ia digunakan untuk bawa orang dan dikenakan caj yang menjadi sumber pendapatan buat mereka.


Sumber - The Vocket 

No comments

Powered by Blogger.