Header Ads

10 Rekod Dunia Yang Berjaya Dicipta Oleh Rakyat Malaysia

Malaysia bukan sahaja dikagumi kerana kejayaan dan pencapaian di persada global, malah Malaysia juga turut mencipta kejayaan melakar nama dengan memecah rekod dunia. Di sini, kami senaraikan kejayaan yang berjaya dikecapi oleh negara tercinta kita Malaysia dalam mengukir nama di senarai Guiness World Records.
1. Imbang Bola Di Kepala Dengan Jarak Terpantas


Beliau mencatat rekod mengimbang bola di kepala dengan jarak 1.6 KM dalam masa 8 minit 35 saat di tempat yang sama pada 20 Mac 2010. Guiness World Record menetapkan 10 minit sebagai syarat. Dia berlari sejauh 4 pusingan padang untuk melengkapkan rekod tersebut.

2. Pukulan Bulu Tangkis Terpantas


Pemain badminton negara, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/h menggunakan ” Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Dua rekod terdahulu adalah pada 2005 yang dipegang Fu Haifeng dari China dengan kelajuan 332 km/h dan 414 km/h oleh Naoki Kawamae dari Jepun. ” Radar Guns and High Speed Video” digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.

3. Tebuk Kelapa Terpantas Menggunakan Jari


Ho Eng Hui yang berusia 55 tahun telah menggunakan jari tengahnya untuk menebuk kepala dalam masa 30 saat di hadapan 1000 penonton di Jonker Walk, Melaka pada 19 Jun 2009. Setiap kelapa telah ditebuk sehingga menembusi kulit dan tempurung kelapa, satu persatu.

4. First World Hotel, Genting Highlands Dinobatkan Sebagai Hotel Paling Terbesar Di Dunia


Screen Shot 2015-09-30 at 5.24.48 PM
Hotel ini mempunyai 6118 buah bilik

5. Pemain Squash Wanita Bertaraf Dunia


Ratu Skuasy Negara Datuk Nicol Ann David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain skuasy nombor satu dunia selama 111 bulan dan kini genap 9 tahun dia memiliki gelaran berprestij ini.

6. Juruterbang paling muda terbang secara solo mengelilingi dunia dalam tempoh masa terpantas
Rakyat Malaysia pertama yang membuat penerbangan mengelilingi dunia secara solo, Kapten James Anthony Tan.

7. Pensel Terpanjang Di dunia


Faber-Castell (M) Sdn Bhd mengambil masa 4 bulan untuk menyiapkan pensel terpanjang setinggi 20.248 meter yang diperbuat daripada kayu Jelutong. Pensel tersebut kini diletakkan di pejabat mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor.

8. Penyelam Sukarelawan Astro Kasih Cipta Rekod Pembersihan Dasar Laut Terpanjang dalam Guiness World Records


134 penyelam sukarelawan Astro Kasih berjaya menyempurnakan selaman untuk membersihkan dasar laut selama lebih 168 jam secara berterusan, di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 6 hingga 13 April 2013.

9. Mesin Kapsul Layan Diri Paling Besar Di Dunia
Berjaya Times Square menempa nama dalam Guinness World Records dengan mesin kapsul layan diri terbesar setinggi 9.82 meter.Mesin yang dirancang sebelum direka dalam proses selama enam bulan dibina sempena sambutan sepuluh tahun pusat beli belah tersebut.

10. Perarakan Bot Terbesar di Terengganu


Perarakan 1180 bot di Kuala Kemaman pada 13 September 2014, memecahkan rekod dunia sebelum ini di London pada tahun 2012. Perarakan tersebut bermula di Kuala Dungun dan berakhir di Kuala Kemaman.
Sumber - vulcanpost.com

No comments

Powered by Blogger.