Header Ads

10 Makanan halal patut anda cuba bila melancong di Korea Selatan

Assalamualaikum....kali ni saya nak kongsikan kepada anda dari seorang admin Facebook bernama Mushybites, ceritakan pengalamannya dengan gambar beserta description tentang semua makanan halal di Korea Selatan yang sempat dia nikmati di sana.
1. Banana Uyu
makanan-halal-korea-1
The very well known Banana Uyu (milk). Kalau tak minum ni, bermakna belum sampai Korea. Sedap! Perasa lain pun sedap. Ada hijau (melon), biru (vanilla), coklat (coffee) dan pink (strawberry).
2. Myeong Dong Street Kebab
makanan-halal-korea-2
Pakcik Kashmir ni seorang je depan Zara. Kebab ayam dia awesome sebab banyak isi ayam. Sila mintak sos lebih ya. Pakcik ni layan je. Kebab daging / kambing ok gak tapi banyak sayur je haha.
3. Soft shell crab goreng tepung Myeong Dong Street
makanan-halal-korea-3
Sedap makan panas-panas bubuh sos cili.
4. The signature egg bun
makanan-halal-korea-5
Memang banyak jumpa ni kat Korea. Mostlyboleh makan sebab ada telur dan kacang je. Tapi hati-hati, kalau jumpa yang versi adabacon tu tak payah la cuba.
5. Paris Baguette
makanan-halal-korea-6
Di Korea, ada banyak cawangan Paris Baguette. Antara cafe popular juga. Macaron ice cream ni paling sedap. Ada perisa blueberry (gambar), coffee, mango dan cookies (coklat). Minuman pun sedap kat Paris Baguette. Menu macam typical cafe.
6. Pizza halal Itaewon
makanan-halal-korea-7
Kedai ni baru mula beroperasi tahun lepas. Berhati-hati jika request spicy sebab diorang akan bubuh pepper banyak! Portion wisepula, small mereka equal to medium kita.Medium mereka sama saiz dengan large kita. Kenyang baqhang!
7. Sotong goreng tepung Myeong Dong Street
makanan-halal-korea-8
Sotong goreng tepung Myeong Dong Street kegemaran kitorang. Tak tau apasal sedap sangat. Rempah tepung dia special kut. Pastumakan panas-panas time sejuk berangin. Siap letak sos cili. Memang best!
8. Pastry berinti cheese atau red bean, cotton candy, oyster cheese dan buah berangan
makanan-halal-korea-9
Gambar ikut arah jam :
1. Pastry berinti cheese atau red bean. Rasa dia oklah. Tak hype sangat.
2. Cotton candy besar. Cantik untuk props ambil gambar je. Rasa? Macam gula kapas lah. Haha
3. Oyster cheese. Peminat oysters boleh cuba ni. Cheese on top dibakar dengan blow torch. Cair & rangup!
4. Buah berangan bakar.
9.  Cheese bakar campur tteokboki (rice cake) 
makanan-halal-korea-10
Cheese bakar campur tteokboki (rice cake) campur susu pekat manis sebagai sos. Sedap dimakan panas-panas sementara cheese cair meleleh. Be careful juga bila nak beli sebab ada yang jual cheese campur sausage. Yang itu tak boleh makan ye.
10. Bottomless side dishes
makanan-halal-korea-11
Bottomless side dishes. Setiap kali makan di restoran, side dishes akan dihidang terlebih dahulu. Gambar ikut arah jam:
1. Seaweed goreng + gula. Well, manis dan rangup. Kids suka!
2. Kimchi. No explanation needed. Kahkah!
3. Taugeh cili. Not a fan
4. Odeng (fish cakes) & ikan bilis goreng. Sedap je makan dengan nasi panas
Sumber - Mushybites 

No comments

Powered by Blogger.