Header Ads

10 Kelebihan mempunyai kucing yang menarik patut anda tahu

Sesetengah orang sangat gila dengan kucing, bagi mereka binatang berbulu ini sangat comel. Tapi tidak dinafikan, ada juga sesetengah daripada penduduk bumi tidak suka dengan kucing, dan lebih teruk fobia bila nampak kucing. Lucu juga mereka ni.
Kenapa saya kata menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan sangat seronok? Jom tengok kartun comel dibawah.

Kucing peneman ketika anda sakit

Kucing peneman ketika anda sakit© Lingvistov
Menarik tentang kucing, haiwan ini sangat kenal dengan tuannya. Dan paling menarik, ketika tuannya sakit, kucinglah yang menjadi peneman sejati. Best  kan?

Kucing mengajar anda bagaimana melihat keindahan dunia

Kucing mengajar anda bagaimana melihat keindahan dunia© Lingvistov
Biasanya kucing akan duduk tanpa berganjak sedikit pun ketika menghayati permandangan. Kucing mengajar anda bagaimana menghayati keindahan alam dengan betul. 
Lihat lah kebesaran tuhan mu, cewah!

Kucing boleh menjadi 'Alarm' terbaik

Kucing boleh menjadi 'Alarm' terbaik© Lingvistov
Kenapa orang suka bela kucing? Sebab kucing selalu tolong kejutkan pagi-pagi dengan cara yang berkesan. Tak percaya? Bela kucing baru tahu.

Kucing mengajar anda bagaimana untuk belajar dengan bijak

Kucing mengajar anda bagaimana untuk belajar dengan bijak© Lingvistov
Nak jadi bijak? Belajar dengan kucing, kucing akan ajar anda bagaimana cara belajar dengan lebih cekap dan bijak. Hahaha.

Kucing bagi anda hadiah.

Kucing bagi anda hadiah.© Lingvistov
Teman lelaki / Teman wanita belum tentu lagi nak bagi anda hadiah, tapi kucing siap boleh bagi anda kejutan lagi. Bangun-bangun tidur dah ada depan mata. 

Bonus

Bonus© Lingvistov
Bulu percuma. Nak buat pakaian daripada bulu kucing pun boleh. Tak percaya tengok sahaja pencinta-pencinta kucing, pasti ada melekat walaupun sedikit bulu kucing pada pakaian mereka.
Itu fesyen beb!

Kucing mengajar anda untuk memberontak!

Kucing mengajar anda untuk memberontak!© Lingvistov
Secara positifnya, kucing mengajar anda cara memberontak dalam kehidupan. Memberontak dengan perkara-perkara yang tidak logik untuk hidup, serius betul!

Kucing boleh jadi alat senaman

Kucing boleh jadi alat senaman© Lingvistov
Kucing ini sangat aktif, bermain dengan kucing adalah satu senaman yang sihat. Berpeluh beb!

Kucing bantal paling terbaik

Kucing bantal paling terbaik© Lingvistov
Kucing boleh dijadikan bantal, dan yang paling seronok, bantal kucing ini terasa sedikit hangat. Seronok tidur dengan kucing.

Kucing tidak takut mencuba sesuatu yang baru

Kucing tidak takut mencuba sesuatu yang baru© Lingvistov
Yang ini pun perkara menarik yang boleh anda belajar dengan kucing. Kucing tak pernah takut untuk cuba sesuatu yang baru. Bak kata pepatah kucing, belum cuba belum tahu.


No comments

Powered by Blogger.