Header Ads

Tip cara remove inactive friends di Facebook

Cara untuk remove atau buang rakan anda yang tidak aktif atau inactive di Facebook.Yerlah untuk friends di FB kan terhad kepada 5000 orang sahaja.

Jadi kalau sudah penuh, nak add friend lain dah tak boleh. Ini caranya bagaimana nak buang rakan anda yang dah “mati di FB” ni supaya dapat digantikan dengan sahabat baru yang “masih hidup di FB”. Buat apa simpan akaun yang dah berpenghuni tu.. lebih baik bagi peluang kat sahabat lain..
Ok caranya macam ini untuk remove inactive friends di Facebook ye:
1. Buka dan wajib guna browser Chrome sahaja.
2. Install Chrome extension ini. (Klik Add to Chrome) -> Inactive Friends Removal
3. Klik Add
4. Log masuk ke Facebook anda.
5. Klik ke bahagian friends atau terus ke https://www.facebook.com/**nama-Facebook-anda**/friends
6. Klik pada ikon Inactive Removal Friends extension pada bucu kanan pelayar Chrome anda.
7. Klik butang “Start”.
8. Skrip ini akan berjalan dan semak akaun anda, mana akaun yang sudah tidak aktif akan dibuang.
9. Hasilnya:
Jangan lupa share dengan sahabat anda. Semoga ini membantu anda.

Kemaskini untuk 2016

1. Facebook telah membuat kemaskini. Pada langkah 8 anda mungkin lihat hasil yang menunjukkan kumpulan-kumpulan friendsanda di bahagian bawah senarai. Abaikan, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada senarai rakan anda.
2. Friends inactive bermaksud rakan-rakan dengan akaun yang sudah tidak aktif (deactivate). Sekiranya anda search pun, nama mereka mungkin tidak keluar melainkan sekiranya sudah diganti dengan akaun baru. Senang kata, rakan anda sudah kata buh-bye kepada alam Facebook.
3. Ubah setting akaun Facebook anda menggunakan bahasa English (US).
4. Untuk mereka yang memang sudah menggunakan bahasa English (US), anda mungkin tidak akan nampak butang Start.Acah-acah ubah setting anda ke English (US) sekali lagi, anda akan dapati butang Start akan keluar selepas itu.

No comments

Powered by Blogger.