Header Ads

Terbongkar Elly Mazlein sudah bercerai tahun lalu, baru sehari selamat bersalin anak perempuannya


Baru sehari kita mendengar berita gembira daripada pelakon Elly Mazlein bahawa dia sudah selamat bersalin anak perempuannya, kini Elly mengumumkan berita yang lebih mengejutkan apabila mengesahkan bahawa dia sudah bercerai talak satu dengan suaminya Azmi Hatta sejak tahun lalu.
"Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini," kata Elly seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

Walaubagaimanapun, Elly memilih untuk tidak berkongsi punca perceraian itu kerana seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aib bekas suaminya.
"Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

"Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.

"Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini," katanya.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang kelmarin. Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014.

No comments

Powered by Blogger.