Header Ads

Terbaru raja bomoh nak usir hantu di banglo Lee Guan Eng, lepas isu pecah tembikai


bomoh_afp












LELAKI yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin nampaknya tidak peduli kritikan yang diterima daripada upacara pecah tembikai bagi memohon cuaca panas dikurangkan, baru-baru ini.

Selepas cuaca panas, Ibrahim kini‘enterframe’ pula dalam isu terbaharu melibatkan politik Malaysia iaitu banglo Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan kerana dibeli dengan harga jauh lebih murah daripada harga semasa.

Tertarik apabila dimaklumkan anak muridnya tentang cerita banglo tersebut yang dikatakan antara alasan dijual murah kerana ‘berhantu’ maka Ibrahim berminat untuk ke sana bagi mengusir entiti dimaksudkan.
Raja bomoh sakti
Ibrahim dilaporkan memberitahu portal Suara TV, dia akan mengadakan satu upacara khas bersama anak-anak muridnya bagi menghalau makhluk halus di depan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam masa terdekat.

No comments

Powered by Blogger.