Header Ads

Tahukah anda mengenai papan tanda di Malaysia

Apabila berada di jalan raya, selalunya kita pasti akan melihat atau mencari papan tanda bukan? Tetapi tahukah anda, papan tanda yang anda lihat sebenarnya ada tanda tertentu untuk membezakan jalan raya ataupun nama jalan atau kawasan.
5
1. Warna yang berbeza pada papan tanda mewakili jenis jalan raya yang berbeza
Papan tanda berwarna biru mewakili jalan persekutuan yang tidak bertol, negeri dan perbandaran jalan raya. Manakala papan tanda berwarna hijau, mewakili lebuh raya yang bertol  dan jalan persekutuan sahaja.
4
2. Perbezaan jenis jalan raya mempunyai huruf laluan dan nombor yang berbeza
Expressways bermula dengan huruf E contohnya E2. Manakala jalan persekutuan menggunakan digit seperti 51. Jalan negeri pula menggunakan kedua-duanya iaitu huruf dan nombor. Contohnya N9 untuk jalan di Negeri Sembilan.
3
3. Perbezaan warna huruf pada papan tanda menunjukkan samada nama jalan atau nama kawasan.
Huruf kuning menunjukkan nama jalan. Huruf putih pula menunjukkan nama Bandar atau kawasan.
2
4. Nama destinasi pada papan tanda disusun dari atas ke bawah dengan berjarak
Nama destinasi bahagian paling atas adalah paling jauh dan di bahagian bawah adalah yang terdekat.
1

5. Papan tanda yang berbeza mewakili destinasi yang berbeza
Huruf putih berlatar belakangkan papan tanda berwarna hijau bermakna untuk tarikan pelancong. Papan tanda berwarna maroon dan huruf berwarna putih juga untuk pelancong. Manakala huruf berwarna oren dan papan tanda berwarna hijau adalah institusi kerajaan.

No comments

Powered by Blogger.