Header Ads

Sandisk iXpand Flash fungsi storan tambahan iPhone

nvywql79jf525rfs722j
Idea di sebalik pemacu SanDisk iXpand Flash untuk iPhone 6 ini memang mudah.

Pada asasnya ia hanyalah pemacu USB yang dilengkapi penyambung jenis lightning amat ditagih pengguna iPhone yang kerap kehilangan storan berpatutan sepadan dengan penggunaan.

Ketika diuji, iXpand terbukti mudah untuk digunakan dan beroperasi sempurna seperti yang saya kehendaki.

Saya boleh memasangnya ke komputer menggunakan penyambung USB standard, memindahkan data, lampirkannya ke iPad saya dan memindahkan lagi data.

2015-12-20_18-12-07

Dalam dunia simpanan untuk iPad, iXpand adalah yang pertama saya lihat yang menggunakan pe­nyambung lightning memandangkan selalunya menggunakan WiFi untuk memindahkan fail.

Sambungan lightning memberi beberapa kelebihan termasuk pantas serta mudah guna.

Walaupun iXpand bersaiz lebih besar berbanding pemacu USB biasa, ia memberi kelebihan apabila lebih mudah dilihat dan tidak hilang.

ixpand

Ia diformat dalam FAT32 jadi ia serta-merta beroperasi pada Windows atau Mac seperti mana-mana pemacu USB lain.

Anda perlu memindah turun aplikasi mudah alih iXpand Sync. Selepas itu aplikasi serta-merta mengenal pasti pemacu yang anda sambungkan.

ixpand1

iXpand memberi rangsangan besar ke atas pengembangan simpanan berasaskan WiFi yang memerlukan anda untuk menyambung iPad untuk rangkaian WiFi secara khusus dan menjalankan aplikasi mudah alih sebelum ia boleh mendapatkan maklumat.

Aplikasi iXpand Sync mudah digunakan walaupun pada hakikatnya ia tidak secara automatik me­nyusun kandungan dalam kumpulan yang saya inginkan.

Ia hanya memaparkan struktur folder yang anda gunakan pada pemacu. Tetapi oleh kerana ia begitu responsif, saya berupaya mencari fail saya dengan mudah walaupun tanpa folder tertentu.

Terdapat juga fungsi carian berguna sekiranya anda perlu melompat ke fail dengan pantas.

Aplikasi ini juga membolehkan anda memilih beberapa folder dan kemudian, anda boleh melakukan beberapa tugas seperti membuat ‘backup’, memadam atau mengunci fail dengan kata laluan.

Paling penting, aplikasi iXpand Sync juga menyokong hampir semua format video yang saya tahu termasuk MKV.

Aplikasi ini juga menyokong sari kata termasuk judul yang ada dalam fail media.

No comments

Powered by Blogger.