Header Ads

Review filem seram Munafik benar-benar beri kejutan dan suspen

Assalamualaikum rakan2 blogger...

Baru-baru ni ja saya pergi menonton filem seram munafik arahan Syamsul Yusof. Saja nak tengok, ramai yang review katakan citer ni best. So, saya amek keputusan pergi dengan sis tonton filem seram ni.

Tapi apa yang saya tak sangka, filem tu memang best. Sebelum ni filem Khurafat arahan Syamsul pun boleh dikatakan seram gak, tapi kali ni lagi serammmm....
Banyak scene jugak la yang saya terkejut....

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

MUNAFIK Filem Paling Seram 2016


Memang tepat sangat kalau digelar ini filem paling seram 2016. Tak tahu lah kalau lepas ni ada lagi filem seram bakal ditayangkan di panggung, tapi sekurang-kurangnya untuk pembukaan awal 2016 anda wajib tonton filem Munafik dan rasakan sendiri lompatan adrenalin tanpa henti. Dari scene mula sampai scene penghabisan, padat dengan kejutan demi kejutan.

Lakonan Nabila Huba seperti diperkatakan ramai, memang hebat dan mantap. Tanpa solekan tebal, malah dengan telekung atau kerubung hitam sahaja, lakonan Nabila Huda sebagai Maria paling berkesan. Saya sangat menghormati komitmen dan penghayatan yang diberikan untuk watak Maria. Berbaloi dan patut diberi pujian malah tak pelik kalau Nabila Huda bawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik nanti melalui lakonan hebat beliau dalam Munafik.

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Watak Maria dan Ustaz Adam


Lakonan Syamsul Yusoff pula bagi saya tak banyak perbezaan daripada filem-filem sebelum ni. Jujurnya saya lebih suka lakonan beliau dalam KL Gangster. Tapi watak Ustaz Adam yang dipikul oleh Syamsul bukanlah mudah. Sangat mencabar. Tapi ada scene yang masih kaku dan rasa 'tak sampai' di hati saya, pun begitu ada juga beberapa scene watak Ustaz Adam sangat mengesankan hatisaya malah berjaya membuatkan airmata saya bergenang. Paling hebat, cara Syamsul Yusoff membacakan ayat Al-Quran sepanjang filem ini. Sangat meyakinkan. Berdiri bulu roma dibuatnya. Tahniah Syamsul Yusoff.

Jom tengok wayang, Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Scene Paling Hebat Dan Mantap


Scene paling saya suka adalah sewaktu Ustaz Adam dan kawannya lakonan Fizz Fairuzzcuba nak pulihkan Maria yang sedang di rasuk jin. Scene tu sangat mendebarkan dan nampak real gila...! Saya suka sebab tak ada aksi pegang-pegang atau meronta-ronta. Tapi tetap seram...! Dialog sepanjang scene ni pun best dan mantap. Siap ada disebut Dajjal..!dan muntah paku tu.. perrgghhh... real..!!

Scene Ustaz Adam gali kubur dan bawa balik mayat berbungkus tu pun rare..!! Seram woo.. saya tutup muka dengan pashima (tapi mata tetap tengok screen) sepanjang scene ni sebab tak boleh nak tahan punya berdebar-debar. Tapi walau pun seram tetap nak tengok satu-satu, tak nak terlepas satu scene pun. Mayat berbungkus tu macam real woiii...! Terbayang-bayang lagi sampai sekarang.

Scene akhir masa Ustaz Adam diserang olehsi Munafik yang sebenar tu paling menyentap sanubari lah. Dialog dan penjelmaan Iblis tu paling klimaks. Memang scene yang akan diingati sampai bila-bila. Saya hampir menangis waktu tu. Rasa nak melompat pergi selamatkan Ustaz Adam. Kesian sangat tengok dia..! Bila kita faham "kesakitan" jiwa dia, kita memang akan rasa nak pergi tolong dia dan jerit kuat-kuat "Ya Allah selamatkan dia...!! selamatkan Ustaz Adam..! kesian dia.. dia tak salah..! Ya Allah tolong dia...!"

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

No comments

Powered by Blogger.