Header Ads

Review - Filem 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi

13 Hours taruhan terbaharu Michael Bay



NAMA Michael Bay sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Biarpun lebih dikenali sebagai penerbit, namun karyanya dalam bidang pengarahan juga sangat mengagumkan.
Bahkan kerana sentuhannya dalam Transformers, filem berkenaan menjadi antara francais yang paling dinantikan.
Bagaimanapun kali ini, Bay kembali dengan sebuah filem adaptasi dari novel tulisan Mitchell Zuckoff berjudul 13 Hours.
Filem berjudul 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi ini juga merupakan sebuah kisah benar yang berlaku ketika pergolakan di Benghazi, Libya pada 2002.
Dibarisi oleh James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens dan Pablo Schreiber, filem ini membawa penonton kepada kejadian yang berlaku pada ulang tahun ke-11 serangan 11 September, sekumpulan militan pengganas menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan CIA Annex di Benghazi, Libya.
Empat rakyat Amerika termasuk Duta AS J. Christopher Stevens terbunuh ketika serangan. Kumpulan keselamatan terdiri daripada enam orang telah dihantar untuk mempertahankan rakyat Amerika yang masih selamat.
Filem ini juga membawa penonton mengenali Anggota Tindak Balas Global (GRS), yang ditempatkan di markas yang dipanggil The Annex.
Secara jujurnya, apabila filem ini dihasilkan oleh Bay, maka ia menjadi antara faktor penting untuk anda percaya dan menyaksikan filem ini.
Pada pandangan penulis, filem ini cukup rencah biarpun babak klimaks tidak cukup kuat namun ia masih meninggalkan kesan kepada penonton.
Ia memperlihatkan juga bagaimana sekumpulan askar berkorban hingga ke titisan darah yang terakhir dan lebih mengutamakan orang lain daripada mereka sendiri.
Babak-babak pertempuran ini secara tidak langsung akan membuatkan penonton akan merasa simpati dengan apa yang perlu dilalui oleh tentera Amerika Syarikat.
Susunan plot yang kemas juga menjadi antara faktor penting kerana anda pasti tidak akan terkeliru dan dapat memahami jalan cerita ini hingga ke akhirnya.
Biarpun filem ini diklasifikan agak berat untuk ditonton apatah lagi ia melibatkan penduduk Islam di Libya, namun sukar untuk dijelas dan difahami kerana ada kumpulan yang digambarkan menyokong GRS dan ada yang tidak.
Secara keseluruhannya, biarpun ia berkisar mengenai pertempuran, tentera dan Amerika Syarikat, namun ia adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi
PENGARAH : Michael Bay
PELAKON : James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens & Pablo Schreiber.
GENRE : Aksi / Drama / Thriller
DURASI : 2jam 25minit
KLASIFIKASI : 18
TAYANGAN : 17 Mac 2016
KESELURUHAN : * * * *

No comments

Powered by Blogger.