Header Ads

Resipi Mudah Aiskrim Vanilla Oreo Yang Lazat



Resipi Mudah Aiskrim Vanilla Oreo Yang Lazat


Korang nak tahu tak cara buat Ais Krim Vanilla Oreo Homemade? Lebih2 lagi musim panas pulak. Rasanya inilah peluang terbaik anda cuba buat resepi mdah aiskrim vanilla oreo hanya buat di rumah. Jom kita tengok resipi simple dan sedap ini. 

Resipi Mudah Aiskrim Vanilla Oreo Yang Lazat 


Bahan A: 
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream) 
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2) 
- 1 sudu besar ovalette 
- 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B: 
- 1 paket oreo 

Caranya: 
- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati 
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim 
- Masukkan ke dalam freezer sampa beku 
- Siap! 

Selamat mencuba...!!!

Jika anda berminat nak tahu tentang selok belok perniagaan aiskrim, boleh anda rujuk di laman web klik sini.

>> Baca juga : Rahsia Jana 5K Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim

No comments

Powered by Blogger.