Header Ads

Resepi mudah chicken cheezy balls yang sedap dan terliur

FN_Aaron McCargo Jr. Buffalo Chicken Cheese Balls.tif


Korang selalu buat jemput – jemput atau kuih traditional untuk minum petang? Apa kata kali ni tukar angin sikit buat ala – ala western pulak. Chicken Cheezy Balls… Dengar pun dah boleh buat terliur kan? Haaa jom usha resepi dia kat bawah ni…
Bahan-bahan:
  • 500g Ayam/Daging Kisar
  • 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
  • 300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
  • 400g Tepung Ubi
  • 3 Biji Kentang
  • 1 Biji Telur (Putih Sahaja)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
  • Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
  • Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam/daging kisar.
  • Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
  • Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
  • Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
  • Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang.
  • Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti)
  • Celup bebola tadi di dalam telur.
  • Golek-golekkan bebola atas breadscrumbpula. Golek sehingga serbuk roti kena pada semua tempat.
  • Goreng Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus.
 Sumber - Resepi orang kampung 

No comments

Powered by Blogger.