Header Ads

Petua rahsia Che Ta kekal langsing dan cantik




Selain fesyen , bercakap pula soal kecantikan diri, pelakon Rozita Che Wan atau nama gelaran Che Ta ni makin berusia makin cantik kan? ramai tertanya-tanya apa rahsia sebenar kecantikan Che Ta. Mana tidaknya, usia sudah memasuki 40 an, beliau masih lagi kekal ramping dan jelita mengalahkan wanita muda di luar sana. Jangan risau, Che Ta ada berkongsi rahsia dan tips bagaimana nak kekal ramping dan cantik seperti anak dara khas untuk wanita di luar sana !
 

Menurut Che Ta, salah satu rahsia kecantikan beliau ialah menempah baju dengan ukuran kecil. Nak tahu kenapa? Itu merupakan salah satu motivasi diri untuk berusaha mendapatkan berat badan idaman.
 
“Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai”
 
“Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya”
 

Bukan itu sahaja, Che Ta  sangat menjaga pengambilan makanan. Kini, berat badannya hanya mencecah 50 kilo sahaja walaupun sudah mempunyai 3 orang anak. Kalau rasa nak ikut kaedah Che Ta, tanam dalam diri untuk kelihatan cantik dan mulakan dari sekarang ! 


Sumber - HM 

No comments

Powered by Blogger.