Header Ads

Petua cara mudah menghilangkan jeragat menggunakan bahan yang murah

Ramai yang menghadapi masalah jeragat di muka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. 
Mungkin ramai diluar sana yang rasa tidak yakin kerana memiliki jeragat di muka. Di sini saya ingin kongsikan cara menghilangkan jeragat menggunakan bahan yang mudah dicari dan murah!

1. Hampas Kelapa
1
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

2. Kayu Manis
2
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

3. Daun Sireh
3
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

4. Putih Telur
4
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

5. Kulit Pisang

5
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

No comments

Powered by Blogger.