Header Ads

Perkongsian daripada Al Nur tentang adiknya, paru-paru mengecut akibat hisap vape



Ketika awal Vape diperkenalkan, perokok-perokok tegar mula beralih kepada trend baru ini. Kata mereka, Vape merupakan pengganti kepada rokok. Ramai perokok tegar beralih kepada vape yang kononnya membolehkan mereka berhenti daripada merokok. Vape juga dikatakan tidak membahayakan kesihatan berbanding dengan rokok. Konsep yang sama, cuma ditambah perisa, apa yang tidak membahayakan?
 
Namun, kenyataan itu tidak boleh dipakai sama sekali. Terbaru, seorang pemuda dikatakan menderita setelah 4 bulan menghisap vape. Kakak kepada pemuda ini ada berkongsi kisah yang menimpa adiknya di ruangan Facebook beliau benar-benar membuka mata orang ramai akan kesan sebenar vape kepada individu.



Berikut perkongsian dari Al Nur:
 
Sangat menyedihkan. Proses untuk sembuh terlalu sakit. Bertabahlah wahai adikku. 
 
Ini merupakan kesan menghisap vape selama 4 bulan setelah beliau berhenti merokok.
 
Adik saya mengalami sakit dada selama dua hari dan sakit yang teruk pada hari ketiga
 
Kami ingat, sakit yang dialami cuma biasa-biasa sahaja, namun setelah menjalani imbasan x-ray doktor mengesahkan paru-pari kirinya  mengecut
 
Doktor terpaksa membuat satu lubang dan memasukkan satu tiub untuk menjadikan paru-parunya berfungsi seperti biasa.
 
Jika kaedah ini tidak berkesan, adik saya akan kehilangan satu daripada paru-parunya
 
Kesan buruk buat perokok dan penghisap vape bergantung kepada setiap individu tetapi apa yang terjadi kepada adik saya merupakan satu peringatan awal untuk beliau berhenti merokok dan menghisap vape.
 
Pengajaran ini mendapat perkongsian 20 k oleh pengguna Facebook. Beringatlah semua, sebelum terkena, mulalah mencegah. Jangan menyesal di kemudian hari. Sayangi diri anda.


Sumber - fb al nur 

No comments

Powered by Blogger.