Header Ads

Makanan dan minuman patut dielakkan ketika cuaca panas


Cuaca di Malaysia ketika ini amat membimbangkan. Pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat telah banyak dilakukan. Antaranya minum air yang banyak bagi mengelakkan dehydrate atau penyahhidratan. Tetapi tahukah anda terdapat tiga jenis makanan yang perlu anda elakkan ketika cuaca sebegini?

1. Makanan pedas


Pasti ada diantara anda yang suka makanan pedas terutamanya yang menggunakan cili padi. Untuk pengetahuan anda, makanan seperti ini sebenarnya boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh yang berlebihan. Makanan yang terlalu pedas juga boleh mengakibatkan anda cirit birit. Jadi, dengan faktor cuaca sebegini anda perlu kurangkan makan makanan pedas.

2. Teh dan kopi


Mungkin anda tidak percaya tetapi inilah hakikatnya. Teh dan kopi akan menyebabkan anda kerap buang air kecil tetapi sebenarnya tubuh seseorang itu memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan anda kehilangan banyak air dalam badan. Jadi diingatkan supaya anda lebihkan banyak minum air putih.

3. Hidangan berasaskan daging


Nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tetapi kalau cuaca panas sebegini perlulah dikurangkan. Daging bersifat protein dan sukar dihadam. Malah sewaktu proses penghadaman makan, tubuh akan mengeluarkan haba yang menyebabkan kepanasan. Anda boleh makan makanan yang berasaskan ikan dan juga sayur-sayuran.




No comments

Powered by Blogger.