Header Ads

Kisah Milla, budak perempuan 9 tahun paling kuat di dunia


milla














Milla Bizzotto bukan kanak-kanak biasa sebaliknya kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ini berjaya menamatkan perlumbaan berhalangan 24 jam Battlefrog, iaitu satu perlumbaan yang memerlukan kekuatan minda dan fizikal yang kuat.

Dalam perlumbaan Battlefrog, iaitu pertandingan ala-ala latihan tentera laut ini, Milla berjaya berenang sejauh lapan kilometer dan melepasi 25 halangan.
Dia hanya tidur antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi sahaja sepanjang perlumbaan 24 jam itu dan merupakan satu-satunya peserta bawah 18 tahun.

Untuk menyertai pertandingan yang sukar itu, Milla telah menjalani latihan selama sembilan bulan, lima hari seminggu dan tiga jam sehari. Kanak-kanak ini kini menjadi sumber inspirasi ramai selepas dia berjaya menamatkan pertandingan Spartan bersama nenek dan bapanya, Christian Bizzotto tahun lepas.

Milla berasal dari selatan Florida dan dia telah dilatih oleh bapanya, yang juga seorang pemilik gim. Pada mulanya Milla menyertai sukan kerana selepas menjadi mangsa buli di sekolah namun lama kelamaan dia semakin meminati apa yang dilakukannya dan kini Milla lebih cekal serta mampu mempertahankan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Christian berkata, dia terpaksa menukar gaya hidupnya untuk dijadikan contoh kepada anak perempuannya dan kemudiannya Milla boleh menjadi model kepada kanak-kanak lain.

Sumber - mynewshub 

No comments

Powered by Blogger.