Header Ads

Kini Facebook ambil alih aplikasi Masquerade pengubah wajah



Masquerade (MSQRD) merupakan aplikasi yang membolehkan anda membuat gantian wajah dengan gambar atau wajah pengguna lain ketika tangkapan selfie atau video sedang dilakukan. Applikasi ini sedang menjadi satu trend  dan kegilaan orang ramai dengan dihadiri pelbagai jenis face swap yang kelakar.


 
Kini, pengasas Facebook Mark Zuckerberg membuat pengumuman di halaman Facebook dengan memuat naik sebuah video memberitahu aplikasi berkenaan telah diambil alih oleh Facebook untuk meluaskan lagi empayar teknologi terhadap pengguna media sosial.  Anda kini boleh melakukan face swap di Facebook dengan merakam video selfie animasi yang akan mengubah wajah anda tidak lama lagi.

 
Menurut pengasas applikasi kreatif ini, Eugene Nevgen berkata kerjasama bersama Facebook dapat membawa teknologi mereka kepada pengguna Facebook yang berjumlah kira-kira1.6 billion orang. Pencapaian besar ini sungguh tidak disangka dan keputusan yang dibuat merupakan kata sepakat yang sangat menghasilkan rasa teruja yang tidak terhingga. Selain itu, aplikasi MSQRD ini akan ditambah lagi dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik kepada pengguna. 

No comments

Powered by Blogger.