Header Ads

'Kek air' pencuci mulut sangat unik di Jepun



Jepun dikenali sebagai Negara yang sentiasa berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dan unik. Kreativiti mereka tidak terhad kepada inovasi teknologi sahaja, malah ianya turut tumpah ke dalam makanan. Kali ini, mereka telah mencipta satu pencuci mulut yang sangat istimewa. Hanya dengan melihat gambar, ianya persis kelihatan seperti jeli atau kristal pencuci mulut yang diperbuat daripada gelatin, tetapi ia sebenarnya pencuci mulut yang sangat sensitif dan diperbuat daripada air. Pencuci mulut ini juga dikenali sebagai kek air.

'Mizu Shingen Mochi' secara harfiahnya bermaksud 'kek air' dalam Bahasa Jepun. Mizu Shingen Mochi asalnya adalah pencuci mulut yang amat terkenal dan merupakan kek beras lazat dengan taburan serbuk kacang soya dan sirap gula perang di atas permukaan kek itu. 

Kek ini begitu halus buatannya dan akan cair dari bentuknya dalam masa 30 minit. Kek ini pastinya akan cair di mulut setelah ianya masuk ke dalam mulut anda. Mizu Shingen Mochi mula diperkenalkan pada tahun lepas semasa musim panas dan akan dibawa ke pasaran lagi pada tahun ini setelah permintaan tinggi dan populariti kek ini meningkat naik. Kepada sesiapa yang ingin melancong ke Jepun tu, jangan lupa cuba resipi pelik ini ya!

Sumber - Nerdist 

No comments

Powered by Blogger.