Header Ads

Kajian dapati seseorang yang selalu tukar profil, sukakan perhatian!

Hah..siapa yang makan cili dia yang terasa pedas! Ada tak diantara anda yang kerap sangat tukar gambar profil di media sosial? Sebab apa anda lakukan sedemikian?
Orang yang sering menukar imej profil di akaun laman sosial merupakan jenis yang berasa dirinya tidak selamat atau ‘gila’ mendapat perhatian.

Individu seperti ini dikatakan tidak ada keyakinan diri..

tumblr_mg69lb49sE1rzxujso1_500
Bukan itu sahaja, mereka juga digambarkan sebagai orang yang tidak ada keyakinan diri dan jenis kurang teliti dalam membuat keputusan.
Golongan ini juga mudah berasa curiga dan sukar percaya terhadap orang lain.
Ini bukan cakap kosong je. Ini berdasarkan kajian oleh pakar psikologi Amool Ranjan yang dipetik dari Times of India.

Lebih parah ada yang mengalami krisis identiti..

Britta-surprised
Menurutnya lagi, individu tersebut juga mempunyai karakter dimana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri.
Ciri individu seperti ini dikatakan mengalami krisis identiti, selain mempunyai rasa ingin tahu yang meluap-luap tentang pandangan orang lain.
Jadi, adakah anda tergolong di antara mereka yang gilakan perhatian?
tumblr_nch5u0VouK1tsr8r8o1_500
Sumber - hanasuva 

No comments

Powered by Blogger.