Header Ads

Harga minyak terkini petrol RON95, RON97 & Diesel bulan April 2016


ron95








SEPERTI mana yang kita tahu, penurunan minyak global akan memberikan kita kesenangan menggunakan pengangkutan diri sendiri untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju. Bulan MAC 2016 akan melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang akan datang. Harga terbaru minyak akan diumumkan kelak.

Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. 

Harga Minyak Terkini RON 95, RON 97 Dan Diesel Bulan April 2016

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Minyak Terkini RON 95, RON 97 Dan Diesel Bulan April 2016

Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Jumaat, 1 April 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan April 2016 adalah seperti berikut:

RON95 : * RM1.70 seliter (RM1.60 seliter)
RON97 : * RM2.05 seliter (RM1.95 seliter)
DIESEL : * RM1.55 seliter (RM1.35 seliter)

* Harga bulan lepas Mac 2016 dalam kurungan.

No comments

Powered by Blogger.