Header Ads

Giler! Tandas awam terbuka untuk lelaki di China


tandas










Apakah anda akan berani menggunakan tandas seperti ini, yang merupakan tandas awam terbuka? Sebenarnya inilah tandas awam untuk lelaki di tempat awam yang hanya menutup bahagian pinggang sahaja!

Lapan tandas awam terbaharu ini dilaporkan sudah pun digunakan di Chongqing, sebuah bandar raya di barat daya China dan ia menerima lebih 14,000 komen daripada orang ramai menerusi media sosial tempatan.

Demikian pendedahan menurut laporan disiarkan laman berita tempatan terkenal Youth.cn seperti yang dipetik oleh akhbar ternama Hong Kong, South China Morning Post milik firma Alibaba.com pada Khamis.

Tandas tersebut cukup mengejutkan pelbagai pihak dengan reka bentuknya yang sengaja dibuat agak terbuka, tanpa dinding mahupun bumbung sekali gus lebih mesra alam kerana cukup sinaran matahari dan angin!

Uniknya, ia dibina terletak bersebelahan sahaja dengan sebuah taman permainan kanak-kanak, di pusat bandar Chongqing yang dihuni 30 juta penduduk dan sememangnya terkenal dengan pelbagai bentuk tandas yang pelik.

Tandas konsep terbuka berkenaan hanya mempunyai sebuah pintu kecil untuk menutupi bahagian pinggang yang tentunya akan terdedah sedikit apabila pengguna sedang membuang air kecil tanpa memalukan si lelaki tersebut.

Video di bawah ini menunjukkan beberapa orang lelaki yang menggunakan tandas terbuka itu. New China TV juga melaporkan bahawa seorang tukang bersih ditugaskan untuk membersihkan lantai tandas sekerap mungkin.

Beberapa orang wanita yang secara kebetulan berjalan di kawasan berdekatan tandas terbuka berkenaan juga kelihatan tersipu-sipu malu dan mereka segera beredar dari kawasan tersebut, menurut laporan Youth.cn.

Meskipun begitu, laporan portal berkenaan tidak pula menyatakan sama ada pihak berkuasa bandar raya berkenaan ada menerima sebarang aduan tentang keadaan keterbukaan seni bina tandas-tandas tersebut.

Sebenarnya tujuan asal pembinaan tandas sebegini untuk mendidik golongan lelaki dewasa yang dikatakan gemar buang hajat mereka merata-rata tempat sehingga menyebabkan banyak kawasan awam berbau hancing kencing.

Apa yang pasti, anda tidak akan menyaksikan tandas pelik seperti ini di Malaysia ataupun Singapura, Brunei waima Indonesia yang masih lagi dibuat dalam suasana sopan tertutup.

Sumber - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments

Powered by Blogger.