Header Ads

Gempak Jepun cipta robot sebiji macam manusia 100% di dunia


Betapa canggihnya negara Jepun sehingga mampu menghasilkan satu robot yang kelihatan tidak ubah seperti manusia. Gemenoid F, nama gelaran yang diberi menjadi tarikan pelancong malah menerima lebih ratusan ribu peminat terhadap robot yang kelihatan persis manusia ini. Bukan itu sahaja, Geminoid F juga mendapat takhta sebagai robot paling seksi di dunia setakat ini.
 
Raut wajah serta figura yang direka menyerupai seorang wanita ini juga pernah berlakon dalam filem Jepun yang bertajuk “ Sayonara”. Geminoid F bukan sahaja digelar robot semata-mata, kemampuan seperti bercakap, menyanyi dan berinteraksi dengan manusia juga merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh robot ini. 


 
Robot dengan ketinggian 1.7 meter itu dicipta di sebuah makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka dan menurut Proffessor Kohei Ogawa, tujuan robot ini dibina sebagai perancang untuk menghasilkan model yang lebih baik untuk masa depan. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kekurangan, Geminiod F tidak dapat berdiri atapun berjalan, pergerakan atau apa-apa reaksi yang dilakukan masih lagi terhad dan hanya mampu duduk di atas kerusi roda sahaja.

No comments

Powered by Blogger.