Header Ads

Enjin carian popular selain Google Chrome

joonge-search-engines-1
Mengakses Internet melalui telefon pintar seperti sudah menjadi gaya hidup masyarakat kini. Semuanya seolah-olah berada di hujung jari, hanya dengan satu sentuhan, segala maklumat dapat diperoleh. Tetapi untuk maklumat sebegini, enjin carian apakah yang paling menjadi pilihan?

Antara nama besar dalam enjin carian sudah tentu Google Chrome, yang mendominasi keseluruhan enjin carian tetapi masih banyak lagi enjin carian lain yang popular dan sering digunakan oleh pengguna.

Google Chrome, aplikasi carian milik Google dimuat turun 500 juta hingga 1 bilion pengguna. Mengekori rapat adalah UC Browser, aplikasi yang dikembangkan oleh UCWeb Inc, yang dimuat turun 500 juta pengguna. Selain Google Chrome dan UC Browser, enjin carian popular yang turut menjadi pilihan adalah seperti berikut:

Firefox

Carian menerusi Firefox mungkin tidak sehebat Google dan UC Browser tetapi ia masih menjadi pilihan dengan dimuat turun sebanyak 100 juta kali.

Opera

Aplikasi enjin carian ini memiliki data yang lebih kecil dibanding dengan beberapa aplikasi sebelumnya iaitu 18.6 Megabait (MB) saja. Namun, ia menerima jumlah muat turun yang agak banyak iaitu sekitar 100 juta.

Dolphin

Aplikasi dari Dolphin Browser ini memiliki jumlah muat turun yang sama dengan Opera iaitu 100 juta kali.

CM Browser

CM browser adalah aplikasi yang dikembangkan oleh Cheetah Mobile Inc. Aplikasi ini memiliki data yang tidak terlalu besar iaitu 1.9 MB.

Baidu Browser

Aplikasi carian internet yang terkenal sebagai Google Chrome dari China ini, dimuat turun sebanyak 50 juta kali.

Maxton

Maxton Browser, namanya memang tidak popular tetapi ia berpotensi untuk berada di kedudukan tiga enjin carian terbaik walaupun setakat ini, ia hanya dimuat turun sebanyak 50 juta kali.

Boat Browser

Boat Browser dimuat turun 10 juta kali. – BH.

search engine

No comments

Powered by Blogger.