Header Ads

Enclava negara baru Eropah hanya keluasan 100 meter persegi

Enclava merupakan negara baru yang dibentuk di Eropah. Yang menarik tentang negara ini ialah keluasannya yang sangat kecil.  Percaya atau tidak, negara ini mempunyai keluasan hanya 100 meter persegi sahaja.
Enclava pertama kali dideklarasi oleh warga Poland bernama Kamil Wrona bersama dengan rakan-rakannya.  Melalui laman web rasmi Enclava, negara ini dibentuk pada 23 April 2015 yang lalu.
Beberapa media antarabangsa seperti Reuters dan News.com.au melaporkan  bahawa luas negara yang baru berumur 6 bulan ini hanya 100 meter persegi sahaja.
Namun, laman web rasmi negara tersebut menyangkal dakwaan ini dan menjelaskan luas negaranya  adalah 30.000 meter persegi. Enclava terletak di sempadan negara Slovenia dan Croatia.
Menurut salah seorang pemimpin negara tersebut Piotr Wawrzynkiewicz, beliau mendakwa bahawa sudah ada 5000 orang dari seluruh pelusuk dunia yang mendaftar untuk menjadi warganegara Enclava.
Negara ini memiliki slogan “CIVUS TOTIUS MUNDI” (Penduduk Dunia) dengan mempunyai misi untuk melayan semua warganegaranya tanpa prejudis walaupun berbeza warna kulit, budaya dan agama mahupun negara asalnya.
Enclava juga menjamin warga negaranya bebas untuk mengutarakan sebarang pendapat, mendapat pendidikan secara percuma, dan tidak perlu membayar cukai.
Sumber dari Ib Times

No comments

Powered by Blogger.