Header Ads

Dot ML Menawarkan Domain .ML Percuma Untuk Semua

Mungkin ramai yang sedia mengenali akan Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek. Strategi Dot ML memfokuskan kepada para individu dan juga organisasi dalam mendapatkan domain dengan akhiran .ML tersendiri.

Manfaatnya sangat jelas, kami sepenuhnya mewakili domain di Malaysia. Jika anda lihat dengan kepelbagaian pengakhiran domain yang berbeza, ia mungkin menyukarkan sesetengah pengguna untuk mengakses laman web anda.

Dengan sebanyak lapan jenis domain yang berakhiran .MY di Malaysia, anda mungkin akan keliru dengan sesetengah laman web yang pengakhiranya .com.my, .gov.my ataupun .org.my.

Tetapi dengan .ML, ia secara jelas memberikan nama domain anda yang tepat tanpa sebarang penambahan di belakangnya dan bagi domain .MY di Malaysia, kebiasanya setiap domain tersebut dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu RM120.


Semua domain dengan kurang daripada empat aksara ditawarkan secara percuma.
Proses pendaftaran domain ini telah dipermudahkan dan tidak memerlukan sebarang kertas kerja yang rumit.
Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.


Bagi anda yang inginkan domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh menyemak laman Dot.ML dan mendaftarkan domain percuma hari ini. 

Boleh la korang layari dan daftar laman web ➡ Dot ML

No comments

Powered by Blogger.