Header Ads

Cara mudah beli tiket wayang menggunakan aplikasi GSC

Agak terkejut bila tau yang ramai kawan Lokman tak reti atau tak pernah beli tiket wayang secara online apatah lagi dengan menggunakan apps. Untuk entri kali ni, uncle nak share sikit cara nak beli tike secara online dengan menggunakan GSC Apps. Cara ini adalah lebih kurang sahaja kalau beli tiket menggunakan apps untuk cinema-cinema lain.
Untuk pengetahuan, Lokman lebih gemar beli tiket secara online atau dengan menggunakan apps sebab menjimatkan masa kerana tak perlu beratur untuk beli tiket. Selain dari tu, biasanya kalau beli tiket secara online, harga tiket wayang adalah lebih murah.

Panduan membeli tiket wayang menggunakan GSC Apps:

cara beli tiket wayang gsc gunakan apps
Ok mula sekali kena install dulu apps di dalam smartphone korang. Dalam gambar pertama (kiri), ini adalah main menu untuk applikasi GSC. Tekan button movies dan korang akan ke gambar kedua (tengah). Pilih movie yang korang nak tengok, kemudian tekan ‘BUY’ untuk proceed ke tempahan tiket. Di gambar ketiga (kanan), korang boleh pilih hari tayangan, lokasi tayangan, waktu tayangan dan kaedah pembayaran tiket.
cara bayar tiket wayang secara online gunakan apps
Untuk kaedah pembayaran tiket (rujuk gambar ke 4 (kiri)) ada 5 kaedah pembayaran tiket wayang. Korang boleh pilih samaada melalui m2u mobile, PayPal, RHBNow, E-Voucher dan Credit Card. Kemudian dan pilih kaedah pembayaran, tekan ‘NEXT’ dan korang kena isi maklumat peribadi korang seperti di gambar kelima (tengah). Isi semua dengan tepat, E-Mail amat penting sebab QR Code juga akan di send di email korang. Dah isi semua maklumat peribadi, tekan ‘NEXT’. Kemudian di gambar keenam (kanan) korang boleh pilih bilangan seat yang korang nak beli, dan pilih set kombo yang korang boleh redeem di special counter nanti.
gsc apps ticket buying guide
Dah siap semua, tiba masa untuk pilih seat. Seperti di gambar ketujuh (kiri) yang warna biru dan ada nombor seat tu menandakan seat masih kosong, yang ada icon orang tu dah di beli, dan yang warna hijau logo star tu adalah seat pilihan uncle. Korang boleh pilih seat ikut seat yang available pada waktu tu. Uncle rekomen korang beli tiket wayang sekurang kurangnya sehari awal supaya boleh pilih seat seat yang best! Langkah seterusnya adalah langkah yang penting sekali, korang rujuk gambar kelapan (tengah).
Sebelum buat pembayaran, harus periksa semula semua maklumat. Periksa dengan teliti lokasi tayangan yang dipilih, tajuk movie yang di pilih, hari dan waktu tayangan, dan bilangan seat serta kombo kalau ada. Kemudian dah puas hati dengan pilihan, boleh proceed dengan pembayaran. Selepas selesai pembayaran korang akan dapat QR Code macam yang tertera di gambar ke sembilan (kanan). QR code ini adalah tiket korang. Tak perlu print pun QR ni sebab korang akan dapat access semula QR ni di main menu apps, di bahagian History.

Mudahkan? Tak payah buang masa dengan beratur lagi. Seat pun dah confirm confirm dapat pilih yang terbaik kalau beli tiket awal 😀

No comments

Powered by Blogger.