Header Ads

Aplikasi mudah alih, myTNB untuk semak bil dan gangguan elektrik


Menerusi aplikasi mudah alih pertama Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu myTNB, ia membolehkan anda untuk melihat bil elektrik dan status permohonan bekalan baru dan pelbagai fungsi pada bila-bila masa.
Untuk melihat rekod bil semasa dan status permohonan bekalan baru, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat melakukan langkah seterusnya seperti membuat pembayaran.
Bagi yang tidak biasa dengan kawasan baru pula, anda dapat mengenal pasti koordinat kedai TNB yang berhampiran anda selain kedudukan cawangan TNB lain di seluruh Malaysia berserta peta lokasi bagi memudahkan perjalanan pengguna ke tempat berkenaan.
Memandangkan TNB sering menjalankan pemeriksaan dan beberapa kerja baik pulih lain yang akan menjejaskan penggunaan elektrik di kawasan tertentu, kini pengguna dapat menyemak status amaran kuasa terbabit apabila mereka akan memaparkan lokasi secara tepat, tarikh, waktu operasi dan tempoh gangguan agar orang ramai di kawasan terbabit dapat bersedia terlebih dahulu.
Selain itu, pengguna juga boleh membuat kiraan mahupun jangkaan bil harian, mingguan dan bulanan mengikut kadar kuasa yang digunakan pada kalkulator yang disediakan.

No comments

Powered by Blogger.