Header Ads

Aman Central diiktiraf pusat membeli belah terbaik di dunia

Kompleks Aman Central memulakan operasi pada 1 Oktober 2015 dengan purata 1.2 juta pengunjung setiap bulan. Ahmad Bashah dalam ucapannya mengakui, pembinaan Aman Central merupakan mercu tanda baharu yang boleh memakmurkan status bandaraya Alor Setar.
“Titik sentuhan Kumpulan Belleview melakar kejayaan baru Alor Setar dengan penjenamaan sebagai sebuah negeri yang mempunyai kompleks membeli-belah setanding Kuala Lumpur. “Portal CNN juga melabelkan Aman Central antara 12 bandar raya membeli-belah terbaik di dunia,” katanya.
Menurutnya, Aman Central berjaya merangkul anugerah ‘Highly Commended Asia Pacific Property Awar for the Retail Development Malaysia Category in the International Property Awards 2015/2016’ yang mengiktiraf antara pusat membeli-belah yang terunggul di rantau Asia Pasifik.
“Kedah berpotensi besar untuk menjadi lokasi pelancongan paling popular di rantau ini selain mempunyai keunikan tersendiri yang boleh kita banggakan,” katanya.
Kompleks yang berkeluasan 800,000 kaki persegi itu dibina atas tapak pembinaan Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu.
Sebelum ini, pembinaan Aman Central terpaksa mendepani beberapa cabaran termasuk kemelut berpanjangan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun untuk memberi laluan kepada projek itu.

No comments

Powered by Blogger.