Header Ads

6 Tanda cinta anda bertepuk sebelah tangan

6 Tanda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan
Pasti sakit hati dan kecewa kalau dapat tahu cinta yang selama ini terbina sekadar bertepuk sebelah tangan. Perkongsian artikel 6 Tanda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan ini bukan untuk membuatkan anda meragui perasaan cinta pasangan anda tetapi sebagai perkongsian agar tiada hati yang terluka kelak.
Kebiasaannya bila seseorang mencintai anda, mereka akan serius dalam perhubungan. Tidak akan bersikap acuh tak acuh. Mereka akan komited dan bukan sekadar melayan anda seperti teman biasa yang lain.

6 Tanda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

1) Dia tidak pernah menghubungi anda, selalunya anda yang perlu menghubunginya dulu. Jika kelihatan seperti anda yang beria-ria mencarinya sedangkan dia bersikap endah tak endah ada kemungkinan dia tidak serius dengan anda. Seseorang yang mencintai anda, akan sentiasa ingin mahu bersama anda, berkongsi suka duka dengan anda. Jika ada sesuatu yang ingin dikongsi, pasti anda adalah orang pertama yang akan dicarinya.
2) Tidak mahu sesiapa tahu tentang status perhubungan anda, adalah tanda seseorang itu tidak serius dengan anda. Selalunya tidak kira lelaki atau perempuan, mereka pasti inginkan orang lain mengetahui tentang perhubungan mereka. Jarang sekali ada yang nak berahsia atau menyorokkan perhubungan cinta dari teman-teman rapat atau kaum keluarga.
3) Jika anda kerap merasa seperti diabaikan pasangan anda, ada kemungkinan cinta anda bertepuk sebelah tangan. Contohnya anda menghubunginya, tetapi dia kerap tidak menjawab panggilan. Ataupun anda mengirimkan mesej, tetapi mesej anda seringkali tak berbalas dengan alasan sibuk. Jika anda rasa pasangan anda itu seperti ingin menjauhkan diri dari anda, maka dah sampai masanya untuk anda jauhkan diri darinya juga. Jika dia menyedari kehilangan anda dan kembali mencari anda, berilah peluang kedua kepadanya. Mungkin dia benar-benar sibuk. Tetapi jika pasangan anda itu langsung tidak lagi mempedulikan anda, dah sampai masanya untuk anda akhiri sahaja perhubungan itu.
4) Jika anda perhatikan pasangan anda gemar bermesra berlebihan dengan individu lain di depan anda, maka ternyata dia tidak serius dengan anda. Jika si dia mencintai dan menghargai kehadiran anda, dia tidak akan melakukan sesuatu yang akan menguriskan hati anda. Dia pasti akan cuba menjaga hati anda dengan sebaik mungkin.
5) Seseorang yang mencintai anda, sentiasa akan mengambil berat tentang anda. Antara tanda cinta anda bertepuk sebelah tangan, bila pasangan anda tidak lagi peduli tentang anda. Bila anda berdepan dengan masalah, dia akan membiarkan sahaja anda menguruskannya sendiri. Bila anda sakit, dia tidak akan mempedulikan anda.
6) Seseorang yang tidak lagi mencintai anda, akan cuba mengelak bila topik cinta dibangkitkan. Bila anda bersikap romantis, meluahkan rasa sayang padanya dia akan bercakap tentang hal yang lain pula. Amat sukar untuknya meluahkan kata-kata cinta terhadap anda.
Jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas ini, mungkin dah tiba masanya untuk anda berdepan dengannya dan meluahkan keraguan anda. Jangan bertindak terburu-buru. Kadangkala sikap acuh tak acuh pasangan anda terhadap anda mungkin ada sebab yang lain bukan sebab dia tak sayang anda.
Di dalam setiap perhubungan, anda perlu matang berdepan dengan apa jua kemungkinan. Merajuk, melarikan diri atau duduk terperap dan menangis tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Sumber - notawanita 

No comments

Powered by Blogger.