Header Ads

5 Tips cara mudah demam cepat baik

Kalau dah demam,bukan setakat pening kepala je datang, sakit tekak, lenguh-lenguh badan pun turut dirasai. Boleh dikatakan, cukup pakej, semua sakit nak datang sekaligus. Cara mengatasinya? Sudah tentu anda semua harus makan ubat. Tapi, ada cara yang lebih efektif untuk hilangkan demam serta batuk dengan sekelip mata sahaja. Nak tahu apa caranya? 

1) Sakit Tekak 
Bancuh tea bersama dengan madu, dan tambahkan hirisan lemon. Ataupun cara kedua,  anda juga boleh cuba minum satu cawan kecil air epal cuka (apple cider vinegar). Fungsinya adalah untuk menghalang bakteria daripada terus merebak.
 
2) Batuk
 
Hiris ¼ lemon, letakkan garam dan juga lada hitam di atas. Kemudian, sedut untuk hilangkan batuk anda.
 
3) Hidung Tersumbat
 
Minum air mineral dengan banyak. Sebab? Air yang banyak boleh mencairkan hingus dan menghalang hidung dari tersumbat.


 4) Pening Kepala

 
Makan kacang badam dengan banyak. Magnesium yang terkandung boleh menghilangkan sakit kepala anda.

5) Demam 
-Sebelum tidur, celup stoking yang masih belum dipakai ke dalam air sejuk
-Celupkan kaki anda ke dalam air suam
-pakai stoking yang sudah dicelup tadi, kemudian pakai lapisan stoking yang sudah kering
 
Sebab? Cara ini boleh meningkatkan peredaran demam anda untuk beransur pulih. Pastikan kaki anda ditutup dengan selimut dan kemudian, rehat secukupnya ya? Selamat mencuba !

No comments

Powered by Blogger.