Header Ads

5 Tempat penginapan, hotel mewah paling unik di Malaysia

Anda ingin lari dari kesibukan  kota? Hotel bertaraf 5 bintang adalah sesuatu yang biasa kita lihat dan terlalu “mainstream” tapi ini adalah 5 tempat penginapan yang paling unik untuk anda mencari ketenangan dan merehatkan diri setelah sekian lama hidup dalam kesibukan kerja.
1. Time Capsule Retreat 
Imej dari Time Capsul Retreat
Ini ialah hotel mini dengan 8 buah bilik hotel yang dibina di dalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM 99 semalam.
2. Container Hotel
Imej dari stephanieee
Imej dari the Star
Hotel ini sangat unik kerana dibina dalam kontena yang telah diubah suai. Rekaan dan dekorasi dalamnya sangat cantik dan urban!
Lokasi : KLIA 2 & No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur, Malaysia

3. Tanah Aina Ecotourism Resort.
Imej dari Facebook
Imej dari Facebook
Anda inginkan percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik dan menarik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dalamnya macam anda menginap di hotel bertaraf lima bintang.
Lokasi: Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia, Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia.
Info lanjut : http://www.tanah-aina.com/, https://www.facebook.com/tanahaina
4. Tubotel Langkawi.
Sumber dari blogserius
Kalau anda rasa nak  tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Harga penginapan semalam bermula dari RM100 tidak termasuk sarapan pagi. Anda kena try, memang best!
Lokasi : Jeti Pelancongan Chenang, Kuala Cenang, Kedah.
Info lanjut : www.tubotel.com
5. Seaventures Dive Rig
Tempat yang dulunya merupakan bekas pelantar minyak dan gas, sekarang berubah menjadi hotel di tengah laut. Walaupun kedengaran aneh, namun hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti hotel bertaraf 5 bintang. Bagi pencinta laut dan peminat “scuba-diving”, ini adalah syurga yang perlu anda lawati.
Sumber Whoa Adventures
Lokasi: Semporna, Sabah
Info lanjut: http://seaventuresdive.com 
Sumber dari Cosmopolitan .

No comments

Powered by Blogger.