Header Ads

5 Tema perkahwinan yang menjadi trending tahun 2016


Pelamin warna garang seperti pernah digunakan di majlis perkahwinan Mawi satu ketika dahulu kini kembali jadi pilihan pengantin.










MAJLIS perkahwinan adalah momen paling bermakna dalam hidup setiap orang dan setiap tahun ada sahaja tema perkahwinan yang menjadi trend semasa. Bagi tahun 2016, kami kongsikan 5 tema yang sedang trending untuk majlis perkahwinan.

Pelamin merah
Jika tahun 2015 rata-rata pelamin banyak gunakan warna pastel dengan hiasan bunga memenuhi pelamin, penghujung 2015 dan tahun 2016 menyaksikan banyak warna lebih berani dan menyerlah digunakan pada pelamin.

Songket
Fesyen fabrik songket tradisional makin mendapat tempat di hati bakal raja sehari dan kini ramai pereka menggunakan songket untuk hasilkan busana kahwin mereka. Persalinan kahwin dari songket ini bagaimanapun mengetengahkan konsep modern traditional attire.

Khemah Marquee

Pilihan khemah seperti ini bukan sahaja nampak cantik dan presentable, malah turut membuat kerja dekorasi khemah lebih mudah dan nampak lebih elegan.

Inai putih
Bagi pengantin perempuan yang moden dan terbuka, inai berwarna putih boleh dijadikan pilihan menarik pada tahun ini untuk tampak berbeza.

Dekorasi pintu masuk
Jika sebelum ini, pintu masuk dewan dibiarkan sepi atau hanya diletakkan meja hadiah untuk pasangan pengantin, sekarang sudah menjadi trend untuk pintu utama ke majlis resepsi dihias indah juga.

No comments

Powered by Blogger.