Header Ads

5 Selebriti popular tanpa anugerah berprestij

Pengiktirafan anugerah adalah sesuatu yang berharga terutama buat selebriti yang telah bersungguh-sungguh cuba memberikan yang terbaik dalam karya mereka tidak kiralah dalam cabang lakonan mahupun muzik.

Suatu keajaiban berlaku minggu lalu apabila pelakon tersohor antarabangsa, Leonardo DiCaprio akhirnya berjaya menggenggam trofi Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Academy Awards ke-88 selepas lima kali pencalonan terdahulu.

Namun tidak bagi segelintir pelakon dan penyanyi popular yang masih kempunan anugerah terulung dunia seperti Academy Awards atau Grammy Awards.

1. Snoop Dogg 

Tidak seperti rakannya, Kanye West yang telah memenangi 21 trofi Grammy Awards, penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar,Jr, 44, bernasib malang kerana tidak prrnah menang sebarang trofi Grammy Awards walaupun sudah 17 kali dicalonkan dalam anugerah tersebut, sekaligus menjadikan Dogg pemegang rekod sebagai penyanyi terbanyak menerima pencalonan Grammy Awards tanpa kemenangan.

2. Robert Downey Jr.

Aktor yang cukup dikenali menerusi adiwira Iron Man, Robert Downey Jr, 50, barangkali sudah mampu berpuas hati dengan deretan filem pecah panggung lakonannya. Tetapi, sepanjang hampir 46 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, dia langsung tidak pernah menggenggam trofi Oscar meskipun pernah dicalonkan sebanyak 2 kali iaitu dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Chaplin pada 1993 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Tropic Thunder) pada 2009.

3. Nicki Minaj 

Mendapat jolokan Ratu Rap oleh media antarabangsa, namun gelaran tersebut tidak membawa sebarang makna buat penyanyi Nicki Minaj atau nama sebenarnya Onika Tanya Maraj, 33 tahun sehingga bakatnya diiktiraf di pentas Grammy Awards. Memiliki deretan lagu popular seperti Super Bass dan Anaconda. Minaj pernah dicalonkan sebanyak 10 kali dalam anugerah berprestij tersebut, tetapi masih kurang bernasib baik untuk dinobatkan sebagai pemenang walaupun sekali.

4. Tom Cruise 

Hero pujaan ramai, Tom Cruise, 53, turut tidak terkecuali berdiri dalam senarai artis tanpa trofi berprestij. Walaupun sering memukau penonton dengan lakonan mantap di layar perak, sepanjang 36 tahun bergelar pelakon, tidak pernah sekali pun trofi Oscar singgah ke tangannya.

Menyedihkan tetapi realiti tersebut terpaksa ditelan aktor yang cukup lazim dengan lakonan mantap serta aksi mendebarkan dalam legasi filem Mission Impossible tersebut. Cruise pernah tercalon sebanyak tiga kali dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Born on the Fourth of July (1990) dan Jerry Maguire (1997) serta sekali pencalonan kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi Magnolia (2000).

5. Katy Perry 

Walaupun popular di mata dunia, kerjaya seni pelantun lagu kissed A Girl, Katy Perry atau nama lengkapnya, Katheryn Elizabeth Hudson, 31, selalu diperlekehkan hanya kerana tidak pernah diiktiraf di pentas Grammy Awards. Sejak 2009, Perry telah menerima pencalonan Grammy sebanyak 13 kali, namun nasib tidak pernah menyebelahi bekas isteri pelawak terkenal Russell Brand itu.

Walaupun tidak pernah dinobatkan sebagai pemenang pada Grammy Awards, bintang Perry sebagai penyanyi tetap bersinar sehingga pernah disenaraikan sebagai Wanita Berpendapatan Paling Tinggi oleh majalah Forbes lima tahun berturut-turut dari 2011 hingga 2015.









No comments

Powered by Blogger.