Header Ads

5 Petua elakkan makanan daripada serangan semut



Semua suka makanan terutamanya yang manis. Pantang biar makanan terdedah sikit pasti laju je semut datang untuk hurung makanan tersebut. Macam-macam cara guna untuk elakkan semut tapi tak juga berhasil kan?

Apa kata anda cuba cara yang kami kongsikan ni. Mana tahu lepas ni selamat lah makanan anda daripada dihurung semut.

1. Kapur
Tabur serbuk kapur di hadapan pintu masuk rumah anda kerana semut alah pada calcium carbonate yang ada dalam kapur.

2. Tepung
Tabur sahaja tepung di sekeliling bahagian dapur atau mana-mana dinding dapur yang menjadi laluan semut sebab semut tak akan melalui arah yang dihalang dengan tepung.

3. Serbuk lada hitam
Tabur serbuk lada hitam di sekitar dapur, pasti semut dah tak berada dekat.

4. Garam
Garam bukan sahaja boleh melindungi rumah daripada binatang berbisa seperti lipan dan ular tetapi juga boleh elakkan daripada makanan didekati semut.

5. Herba dan rempah
Letakkan kayu manis atau bunga cengkih di sekitar balang makanan di rumah anda. Atau letakkan saja dalam kabinet dapur.

No comments

Powered by Blogger.