Header Ads

5 Jenis buah resepi air detoks untuk sihatkan tubuh badan anda

Kita ni orang Malaysia memang suka makan pelbagai jenis makanan. Tapi tak semua makanan tu sihat dan bagus untuk tubuh badan kita. Jadi kita perlu minum air detoks untuk buang sisa toksin dalam badan untuk lebih sihat. 

Resipi yang saya nak kongsi dengan anda ni memang mudah dan boleh lakukan di rumah. Mesti rasa segar je badan dah lepas detoks. Paling penting kena amalkan. 
 
Ceri
Kacau sebati campuran dua cawan buah nanas yang dipotong dadu, satu cawan buah ceri segar, serta tiga hiris halus buah epal. Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkannya kala dingin.
 
Strawberi dan daun selasih
Tumbuk lapan helai daun selasih (basil) untuk menaikkan aromanya, campur ke dalam tiga cawan buah strawberi yang dibelah dua ke dalam air sejuk. Kacau rata dan hidang sejuk.
 
Epal dan kayu manis
Campurkan buah epal yang dihiris nipis bersama lima batang kayu manis ke dalam air sejuk. Gaul rata dan hidang sejuk atau bersama ketulan ais.
 
Tembikai susu
Gaul sebati air sejuk bersama empat cawan buah tembikai susu dan dua cawan buah anggur yang dibelah dua.
 
Koktel Mangga
Tumbuk daun pudina sebanyak enam helai untuk menaikkan aromanya. Campurkan bersama tiga cawan buah mangga yang dipotong dadu serta hirisan buah limau kasturi ke dalam air sejuk. Kacau dan hidang sejuk.

No comments

Powered by Blogger.