Header Ads

5 Filem genre thriller makhluk asing serang bumi terbaik


Filem manakah yang anda sudah tonton?.

Dalam banyak-banyak filem antara yang sering menjadi pilihan penerbit filem adalah filem yang mengisahkan tentang penjajahan makhluk asing di Bumi. Walaupun menggunakan konsep sama iaitu makhluk asing menyerang Bumi, tetapi jalan cerita yang ditampilkan berbeza.

Oleh sebab itu boleh dikatakan ramai yang meminati filem bergenre sains fiksyen, thriller dan aksi seperti ini kerana ia memaparkan sesuatu yang tidak pernah dan tidak akan pernah menjadi kenyataan.

The 5th Wave (2016)

Terbaru, filem "The 5th Wave" telah menemui penonton pada 14 Januari tahun ini yang mana ia mengisahkan tentang seorang remaja perempuan terdesak untuk menyelamatkan adik lelakinya selepas serangan makhluk asing memusnahkan hampir keseluruhan Bumi. 

Battle Los Angeles (2011)

Filem arahan Jonathan Liebesman ini boleh dikatakan salah satu filem makluk asing terbaik yang mana ia mengisahkan tentang pernampakkan UFO di seluruh dunia beberapa tahun sebelum tiba-tiba ia menyerang Bumi tanpa belas kasihan. Berlatarkan kota Los Angeles, sekumpulan askar telah ditugaskan untuk mengosongkan bandar sebelum ia akan dibom.

Bagaimanapun, mereka mula berdepan dengan pelbagai masalah termasuk terpaksa bertempur dengan makhluk asing. Lakonan mantap Aaron Eckhart, Michalle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Bridget Moynahan dan Michael Pena memberi impak besar dalam filem ini, sekaligus melayakkan "Battle Los Angeles" ini disenarai dalam lima filem terbaik.

Pacific Rim (2013)


Filem arahan Guillermo del Toro ini merupakan filem yang dinantikan terutamanya peminat filem-filem robot. Ia mengisahkan tentang Bumi dikejutkan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai Kaiju tiba-tiba muncul dari laut menyerang manusia sehingga menyebabkan juataan manusia mati. Tersentap dengan serangan itu, seluruh negara bersatu mencari jalan penyelesaian iaitu dengan membina robot gergasi. Filem ini dibintangi oleh Idris Elba, Charlie Hunnam, Rinko Kikuchi, Charlie Day dan Ron Perlman.

Edge Of Tomorrow (2014)


Filem arahan Doug Liman ini mengisahkan tentang seorang pegawai tentera William "Bill Cage" dipaksa untuk menyertai pasukan Tentera Khas Rita Vrataski untuk bertempur dengan makluk asing yang dikenali sebagai Mimics. Ketika bertempur, Cage telah membunuh ketua makhluk asing dan dirinya juga terbunuh yang mana telah memberinya kuasa untuk mengulangi masa setiap kali dia mati ketika bertempur. Ini memberinya ruang dan masa untuk mempelajari tindak-tanduk musuh sekaligus menewaskan makhluk asing tersebut.

Sejujurnya pada permulaan cerita ini membuatkan penonton tertanya-tanya dan bosan kerana banyak babak diulang banyak kali untuk menunjukkan watak utama dapat mengulangi masa. Namun pada pertengahan cerita ini ia menjadi lebih menarik dengan banyak aksi dipaparkan. Tambahan ia dibintangi oleh pelakon hebat Tom Cruise, Emily Blunt, Marianne Jean-Baptiste, Bill Paxton dan ramai lagi.

Robot Overlords


Jika filem "Pacific Rim" manusia membina robot untuk menentang makhluk asing, namun dalam filem "Robot Overlords" pula sebaliknya yang mana Bumi diceroboh oleh robot-robot dari galaksi lain dan telah membunuh jutaan manusia dan menyebabkan manusia yang terselamat daripada penjajahan robot terpaksa menyembunyikan dari daripada diburu oleh robot, pada masa sama merancang untuk menumpaskan robot tersebut. Filem arahan Jon Wright ini dibintangi oleh Gillian Anderson, Ben Kingsley, Callan McAuliffe.

No comments

Powered by Blogger.