Header Ads

5 Filem dari permainan video yang terbaik

Apabila permainan video popular "Hitman" ke layar perak pada tahun 2007, pelbagai reaksi dilontarkan oleh penonton. Walaupun filem ini berjaya, namun ia gagal untuk muncul dengan sekuel. 

Sebaliknya filem tersebut di 'reboot' dengan pelakon Rupert Friend yang popular dengan siri TV "Homeland" diberi tanggungjawab untuk menggantikan Timothy Olyphant sebagai pembunuh upahan Agent 47.

Dengan filem terbaru "Hitman: Agent 47" ditayangkan di layar perak, mari lihat senarai lima filem terbaik dari tahun 90an yang diangkat dari permainan video popular.

1. "Mortal Kombat" (1995)


Pada awal tahun 90an, permainan video termasuk "Super Mario Bros" (1993), "Double Dragon" dan "Street Fighter" (kedua-dua dirilis pada tahun 1994) gagal untuk menarik perhatian penonton arus perdana. Kemudian "Mortal Kombat" muncul pada tahun 1995. Diarahkan oleh pengarah U.K., Paul Anderson (sekarang dikenali sebagai Paul W.S. Anderson) yang pernah mengarah filem "Shopping", filem adaptasi dari permainan video popular itu berjaya mendapat sambutan. Walaupun filem ini memaparkan banyak babak serta grafik ganas, namun ia sangat menghiburkan. Di samping itu, siapa yang tidak ingat lagu tema filem ini? Lebih ikonik lagi karakter "Mortal Kombat" seperti Sub-Zero (Francois Petit) dan Scorpion (Chris Casamassa) tampak seratus peratus sama seperti dalam permainan video.

2. "Final Fantasy: The Spirits Within" (2001)


Oleh sebab kejayaan Sony Playstation, permainan video "Final Fantasy VII" pada tahun 1997 merupakan permainan video yang sangat laris sehingga mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Pada tahun 2001, permainan video bersiri "Final Fantasy" yang dicipta oleh Hironobu Sakaguchi telah diadaptasi ke layar perak. Walaupun peminat tegar permainan video ini kurang berpuas hati dengan filem tersebut yang dikatakan diolah untuk penonton Amerika, namun "Final Fantasy: The Spirits Within" sememangnya layak untuk dikatakan sebagai salah satu peristiwa penting filem. Ini kerana ia bukan sahaja filem permainan video termahal pernah dihasilkan, tetapi juga merupakan yang pertama menggunakan teknik 'photorealistic computer-animation' untuk membuatkan karakter manusia kelihatan seperti manusia sebenar. Walaupun jalan ceritanya tidak kuat, namun dari segi teknikal dan visualnya boleh dikatakan yang terbaik.

3. "Silent Hill" (2006)


Pada mulanya ada yang mempersoal tentang adaptasi permainan video Konami ini ke layar perak berikutan permainan video ini boleh dikatakan agak perlahan dengan suara latar yang panjang, tetapi pengarah Christophe Gans ("Crying Freeman", "Brotherhood Of The Wolf") ini telah berjaya mengarah filem permainan video ini dengan baik sekali. Selain itu, kejayaan filem ini turut dibantu oleh lakonan Radha Mitchell sebagai wanita yang terperangkap dalam Silent Hill untuk mencari anak perempuannya yang hilang patut diberi pujian.

4. "Tekken" (2009)

Tekkenmovie.jpg

Sebut pasal saja nama Tekken mesti anda kenali apa judul itu. Filem ini diadaptasi dari permainan video popular iaitu Tekken. Nama filem ini pun tak berubah tajuknya. Watak yang sangat popular didengari iaitu Jin Kazama, Kazuya, Heihachi, Law dan banyak lagi turut mewarnai filem ini. Tapi, malangnya filem ini dianggap gagal kerana untung tidak memuaskan.


5. "Prince Of Persia: The Sands Of Time" (2010)


Filem aksi-fantasi bajet besar dari permainan video popular Ubisoft's ini tidaklah mendapat sambutan hangat seperti yang diharapkan. Tetapi, "Prince Of Persia: The Sands Of Time" tetap menampilkan filem pengembaraan yang hebat. Aksi-aksi akrobatik yang sempurna, terutamanya ketika Dastan (Jake Gyllenhaal) melakukan gerakan parkour dan skill pertarungan yang hebat nyata memukau penonton. Selain itu, lakonan mantap Harry Gregson-Williams dan Gemma Atherton yang membawa watak sebagai Puteri Tamina nyata memberi impak kepada keseluruhan filem ini.

No comments

Powered by Blogger.