Header Ads

4 Restoran yang dibuka 24 jam selain restoran mamak

Malaysia sememangnya  memiliki pesona dan keistimewaan tersendiri. Rakyat malaysia sangat beruntung kerana Malaysia merupakan syurga makanan sehinggakan ada restoran yang dibuka untuk 24 jam. Kelebihan ini menjadi tarikan buat para pelancong dari luar negara yang mengunjungi negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.
Mereka yang tidak boleh tidur malam ataupun kelaparan di tengah malam mengambil kesempatan untuk mengunjungi restoran yang dibuka selama 24 jam ini kerana terdapat pelbagai sajian enak di samping suasana restoran yang sangat meriah.
Jika anda jemu dengan hidangan sajian restoran mamak dan ingin mengubah citarasa, di sini kami senaraikan 4 restoran yang dibuka selama 24 jam selain daripada restoran mamak.
1. Hayaki Cafe
Imej dari flickr.com
Imej dari jackieloi.com
Restoran Hayaki Cafe menyediakan aneka selera pantai timur. Kalau anda datang ke restoran ini, anda mesti kena cuba nasi kukus mereka yang memang “power”.
Alamat : No. 1, Jln SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya

2. Donutes Coffee & Cake Baking
Imej dari malaysianflavours.com

Imej dari rainfooddiary.blogspot.com
Untuk penggemar sajian pastry, roti, donut, dan kek,  sajian di dalam kafe ini dijamin tidak mengecewakan anda .  Hiasan dekorasi di dalam restoran ini  dengan gaya santai pastinya amat sesuai untuk anda yang suka bergosip. Hehe,
Alamat: 8, Jalan Kenari 6, Puchong, Puchong Jaya, 47170

3. Restoran murni SS2
Imej dari kakimakan.com
Imej dari kampungboycitygal.com

Imej dari foodspotting.com
Salah satu cawangan restoran Murni yang beroperasi selama 24 jam. Pastinya restoran ini sangat terkenal di kalangan penduduk Lembah Klang. Menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan melayu, india, “western”, cina dan juga itali. Dengan menu yang diubahsuai mengikut citarasa selera rakyat tempatan, restoran ini menjadi buruan buat mereka yang kelaparan di tengah malam.
Alamat: 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

4. Banana Leaf Restaurant @ Centre Point, Bandar Utama
Imej dari foodadvisor.com
Restoran ini menjadi kegemaran buat pecinta nasi daun pisang.
Alamat: Centrepoint Bandar Utama (G27), 47800 Petaling Jaya, Selangor

No comments

Powered by Blogger.