Header Ads

4 ciri jejaka pilihan buat Neelofa


 

Walaupun usia sudah menjangkau 27 tahun, Neelofa mengaku dirinya masih belum berpunya. Bukan terlalu memilih, namun perwatakan beliau yang tegas dan matang menyebabkan Neelofa ingin mencari jejaka yang lebih dewasa dan memahami erti sesebuah hubungan. Dalam erti kata lain, sebuah hubungan yang ada hala tuju. Jadi kepada jejaka diluar sana, peluang anda untuk mencuri hati Neelofa kini tinggi tetapi tanpa 4 ciri-ciri yang ada pada diri, haaa jangan berangan lah ya! Nak tahu apa ciri-ciri lelaki idaman Neelofa? Jom kita usha!
 

1)Matang
 
Perkara yang paling utama , lelaki tersebut harus lebih matang. Lebih memahami sesuatu hubungan dan berpandangan jauh. Ciri ini penting untuk menentukan masa depan diri dan juga keluarga.
 
2) Pandai jaga Diri
 
Jejaka itu harus pandai menjaga diri dan juga pasangannya. Dalam sesebuah hubungan, jejaka tersebut haruslah pandai mengawal keadaan dan tidak bergantung pada orang lain.
 

3) Pandai Mengawal pasangan
 
Menurut Neelofa, dia merupakan seorang yang suka menguasai hubungan, jadi pasangannya kelak harus bijak mengawal Neelofa. haa mampu ke tidak?
 
4) Berjaya dalam hidup
 
lelaki tersebut harus mempunyai kerjaya dalam hidup, kuat mencari rezeki dan rajin berusaha untuk lebih berjaya di masa akan datang.
 
4 ciri-ciri ini harus ada pada setiap lelaki yang cuba untuk mendekatinya. Nak cari pasangan yang boleh sehidup semati dengan kita ni bukan senang. Namun, kalau dah sampai jodoh, tak kemana juga. Sama-samalah kita doakan agar Neelofa cepat dipertemukan jodoh ya! 


Sumber - Hanasuva 

No comments

Powered by Blogger.