Header Ads

10 Taman bunga terindah di dunia

Taman merupakan salah satu tempat yang boleh digunakan oleh orang untuk menyingkir dari kesibukan di bandar. Tidak diragukan lagi, taman dapat memberikan ketenangan tersendiri yang belum tentu orang dapati di tempat lain. Berikut ini ada beberapa taman bunga yang sengaja dibuat oleh manusia untuk dapat menikmati indahnya kehidupan. Inilah senarai 10 taman bunga terindah di dunia.

10. Desert Botanical Gardens, Arizona

Desert Botanical Gardens
Siapa yang menyangka bahawa tempat seperti padang pasir tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan yang indah dan cantik. Di Arizona, ada seseorang yang secara khusus merancang dan membina sebuah taman yang dipenuhi dengan berbagai macam tanaman yang tinggal di padang pasir.Taman itu dinamakan Desert Botanical Gardens.
Kerana tumbuhan yang tinggal di padang pasir tumbuh dan berkemabang dalam suhu yang tinggi, maka salah satu taman terindah di dunia ini juga direka menyerupai dengan situasi yang ada di padang pasir. Walaupun suhu di taman ini sama panasnya seperti di padang pasir, taman ini masih menarik banyak orang untuk berkunjung ke tempat indah ini.

9. The Garden of Cosmic Speculation, Scotland

the garden of cosmic speculation
Taman bunga yang indah ini terletak di Portrack House, Dumfries, Scotland. Taman ini sengaja dibuat oleh sepasang keluarga Charles Jencks dan isterinya Maggie. Yang membuat taman ini berbeza dengan taman lainnya adalah Charles dan Maggie membuat taman ini dengan sentuhan matematik dan ilmu pengetahuan alam. 
Charles dan Maggie berjaya mencipta taman dengan gabungan konsep ilmu pengetahuan, matematik, dan alam. Di dalam taman tersebut juga dibuat sebuah tasik buatan yang semakin menambah keindahan dari taman tersebut.

8. Yuyuan Garden, China

Yuyuan garden
Taman Yuyuan yang berada di China ini diyakini telah ada sejak dinasti Ming, lebih dari 400 tahun yang lalu. Taman indah ini dibuat dengan menggunakan gaya tradisional China dengan menggunakan bahan utama batu. Selama 400 tahun tersebut, taman ini telah berulang kali dibaiki dan dibuka untuk umum.
Orang yang melawat taman indah ini akan dapat melihat kawasan penuh pepohonan, sejumlah kolam kecil, tembok ukiran naga, sejumlah pintu masuk yang unik, dan jambatan zig zag yang memisahkan kawasan taman dengan pavilion. 

7. Suan Nong Nooch, Thailand

suan Nong Nooch
Thailand menjadi negara di Asia yang menemani Cina dalam senarai taman terindah di dunia ini.Adalah taman Suan Nong Nooch di Pattaya yang dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu taman yang paling indah di dunia. 
Taman dengan luas 242.811 hektar ini dibuat Pisit dan Nongnooch pada tahun 1954. Pada awalnya tujuan awal taman ini dibuat untuk menjadi ladang tanaman buah-buahan. Namun setelah Nongnooch kembali dari melakukan perjalanan, dirinya memutuskan untuk membuat taman tropika dengan sejumlah tanaman hiasan.

6. Keukenhof Gardens, Belanda

keukenhof gardens
Keukenhof of Gardens adalah sebuah taman indah dan juga salah satu destinasi pelancongan yang berada di Belanda. Taman indah yang dimiliki oleh Belanda ini dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman cantik sehingga membuat taman ini menjadi sangat indah layaknya melihat sebuah lukisan. 
Sebagai taman indah yang juag menjadi tempat destinasi pelancongan paling menarik di Belanda, Keukenhof Gardens menjadi rumah dari 7 juta bunga tulip. Di dalamnya juga termasuk tumbuhan hybrid yang memang sengaja dibuat oleh manusia. Tidak hanya itu saja yang membuat Keukenhof Gardens menarik, di taman tersebut juga orang dapat menikmati keindahan bunga yang jarang berlaku tulip hitam Baba Yaga. 

5.  Kew Gardens , London

kew gardens
Taman indah Kew Gardens telah ada di London sejak tahun 1759 ketika Ratu Augusta yang merupaka ibu dari Raja George III memutuskan untuk membangunkan sebuah kawasan seluas 3.6 hektar menjadi sebuah taman di White Lodge, Richmond, London. 
Di dalam taman yang kini seluas 132 hektar ini ditumbuhi lebih daripada 50,000 jenis tumbuh-tumbuhan. Kew Garden mempunyai sebuah bangunan yang sama terkenalnya seperti pagoda, Temperature House, dan The Palm House. di sekitar taman juga mempunyai pemandangan yang menakjubkan seperti Japanese Gateway, kolam lili, Treetop Walkway, dan Kew Palace. Untuk menikmati seluruh keindahan taman ini, sekurang-kurangnya diperlukan 1 hari penuh untuk boleh menjelakahi setiap bahagian taman.

4. Fairchild Tropical Botanic Garden, Florida

Fairchild Tropical Botanic Garden
Fairchild Tropical Botanic Garden adalah sebuah taman tropika yang terletak di Coral Cables, Florida. Taman ini digunakan oleh penyelidik sebagai kawasan pemuliharaan tumbuhan tropika.Tumbuhan tropika yang ada di taman diperoleh dari pelbagai tempat seperti Florida Selatan, Caribbean, Oceanic Island, Afrika, dan Madagascar. 
Selain berperanan sebagai kawasan pemuliharaan, taman ini juga digunakan sebagai pusat penyelidikan tumbuhan palma. Penyelidikan mengenai tumbuhan palma ini telah dilakukan di dalam taman selama 70 tahun.

3. Butchart Gardens, Kanada

Butchart Gardens
Bertempat di Kanada, Butchart Gardens merupakan taman indah yang dibuat oleh Robert Pim Butchart. Diungkapkan oleh banyak orang bahawa pemangan di taman ini sanggup membuat jantung berdebar, keindahan yang disajikan layaknya seperti berada di syurga. 
Butchart pergi berkelana dari Owen Sound, Ontario ke Kanada untuk mencari kekayaan alam berubap batu kapur. Kemudian ia mulai hidupnya dengan membuat lombong dan juga kilang simen. Taman itu sendiri dibina dari sebuah taman kecil yang ada di sekitar rumah. 

2. Jardim Botanico de Curitiba, Brazil

Jardim Botanico de Curitiba
Taman yang juga dikenali dengan nama Jardim Botânico Fanchette Rischbieter adalah sebuah taman yang terletak di bandar Curitiba, sebuah bandar paling besar yang ada di selatan Brazil.Taman indah ini telah menjadi pusat daya tarikan para pelancong yang berkunjung ke Brazil.Sebagai tambahan, taman tersebut juga telah menjadi sebahagian dari sebuah kampus bernama Federal University of Paraná.
Ketika memasuki taman seluas 458 meter persegi ini, kita boleh melihat halaman luas dari taman yang direka dengan gaya Perancis. Untuk semakin menambah keindahan dari taman, di dalam taman juga dibuat air pancut, air terjun, dan juga sejumlah tasik.

1. Claude Monet 's Garden, Perancis

Claude Monet Garden
Inilah taman buatan manusia yang paling indah yang pernah ada di dunia. Terletak di Paris, taman ini merupakan harta daripada Oscar Claude Monet, seorang pengasas lukisan impresionis. Orang yang sudah pernha melawat taman ini mengatakan bahawa keindahan dari taman ini sama seperti lukisan yang dibuat oleh Monet. Warna cerah yang kelihatan abstrak namun mempunyai keseimbangan yang sempurna.
Taman ini boleh dikunjungi oleh para pelancong dari bulan April hingga Oktober. Aktiviti seperti pelancongan dan mengabadikan keindahan taman menggunakan kamera dibenarkan ketika kalian berada di taman ini. Taman ini benar-benar taman yang indah yang patut untuk dikunjungi.

No comments

Powered by Blogger.