Header Ads

10 Spesies kucing liar yang menarik perhatian anda

Kita tahu singa, harimau, harimau bintang dan jaguar adalah di antara kucing-kucing besar yang liar wujud di luar sana. Tetapi tahukah anda, terdapat juga beberapa kucing liar yang kecil dan comel tetapi jarang dijumpai, juga wujud.
Mari kita saksikan 10 jenis kucing liar yang menarik ini.
1. Kucing Pasir (Felis Margarita)
kucing-liar-01
Kucing pasir adalah satu-satunya spesis kucing yang tinggal di padang pasir. Kucing kecil ini duduk di padang-padang pasir sekitar utara Afrika serta barat daya dan Asia Tengah. Sejak 2002, haiwan ini telah disenaraikan sebagai hampir pupus oleh IUCN.
2. Lynx Kanada (Lynx Canadensisi)
kucing-liar-02
Seperti namanya Lynx Kanada dijumpai di negara Kanada, Alaska dan sebahagian utara Amerika Syarikat.
3. Kucing Kaki Hitam (Felis Nigripes)
kucing-liar-03
Kucing kaki hitam, juga dikenali sebagai kucing tompok hitam adalah kucing Afrika paling kecil, kebanyakannya di bahagian selatan dan barat daya Afrika. Ia disenaraikan sebagai spesis terancam pada tahun 2002 oleh IUCN.
4. Kucing Pallas (Otocolobus Manul)
kucing-liar-04
kucing-liar-04a
Kucing pallas, juga dipanggil manul, adalah kucing liar kecil yang tinggal dalam kumpulan-kumpulan kecil di padang rumput dan pergunungan Asia Tengah. Ia terjejas oleh kemusnahan habitat, penurunan kuantiti mangsa sebagai makanan, dan aktiviti pemburuan. Oleh kerana itu spesis ini diklasifikasikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak 2002.
5. Caracal (Caracal Caracal)
kucing-liar-05
Caracal adalah kucing liar bersaiz sederhana iaitu kira-kira satu meter. Caracal juga dipanggil lynx padang pasir, lynx Afrika atau lynx Parsi, tetapi ia bukan berasal dari genus Lynx. Caracal berasal dari Afrika, Asia Tengah, Asia Barat dan India. Nama kucing ini berasal daripada perkataan Turki "karakulak", yang bermaksud telinga hitam.
6. Clouded Leopard (Neofelis Nebulosa)
kucing-liar-06
Harimau dahan adalah sejenis kucing yang boleh didapati di kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara ke China, dan telah diklasifikasikan sebagai terancam pada tahun 2008 oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN). Jumlah populasinya disyaki kurang daripada 10,000 ekor dewasa.
7. Kucing Pampas (Leopardus Pajeros)
kucing-liar-07
Kucing Pampas adalah kucing kecil berasal dari negara-negara Amerika Selatan seperti Argentina, Chile, Bolivia, Peru, Ecuador, dan sebahagian Colombia. Ia mendiami kawasan padang rumput, dan hutan kering pada ketinggian sehingga 5000 meter.

 
November 23, 2015
Kita tahu singa, harimau, harimau bintang dan jaguar adalah di antara kucing-kucing besar yang liar wujud di luar sana. Tetapi tahukah anda, terdapat juga beberapa kucing liar yang kecil dan comel tetapi jarang dijumpai, juga wujud.
Mari kita saksikan 12 jenis kucing liar yang menarik ini.
1. Kucing Pasir (Felis Margarita)
kucing-liar-01
Kucing pasir adalah satu-satunya spesis kucing yang tinggal di padang pasir. Kucing kecil ini duduk di padang-padang pasir sekitar utara Afrika serta barat daya dan Asia Tengah. Sejak 2002, haiwan ini telah disenaraikan sebagai hampir pupus oleh IUCN.
2. Lynx Kanada (Lynx Canadensisi)
kucing-liar-02
Seperti namanya Lynx Kanada dijumpai di negara Kanada, Alaska dan sebahagian utara Amerika Syarikat.
3. Kucing Kaki Hitam (Felis Nigripes)
kucing-liar-03
Kucing kaki hitam, juga dikenali sebagai kucing tompok hitam adalah kucing Afrika paling kecil, kebanyakannya di bahagian selatan dan barat daya Afrika. Ia disenaraikan sebagai spesis terancam pada tahun 2002 oleh IUCN.
4. Kucing Pallas (Otocolobus Manul)
kucing-liar-04
kucing-liar-04a
Kucing pallas, juga dipanggil manul, adalah kucing liar kecil yang tinggal dalam kumpulan-kumpulan kecil di padang rumput dan pergunungan Asia Tengah. Ia terjejas oleh kemusnahan habitat, penurunan kuantiti mangsa sebagai makanan, dan aktiviti pemburuan. Oleh kerana itu spesis ini diklasifikasikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak 2002.
5. Caracal (Caracal Caracal)
kucing-liar-05
Caracal adalah kucing liar bersaiz sederhana iaitu kira-kira satu meter. Caracal juga dipanggil lynx padang pasir, lynx Afrika atau lynx Parsi, tetapi ia bukan berasal dari genus Lynx. Caracal berasal dari Afrika, Asia Tengah, Asia Barat dan India. Nama kucing ini berasal daripada perkataan Turki "karakulak", yang bermaksud telinga hitam.
6. Clouded Leopard (Neofelis Nebulosa)
kucing-liar-06
Harimau dahan adalah sejenis kucing yang boleh didapati di kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara ke China, dan telah diklasifikasikan sebagai terancam pada tahun 2008 oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN). Jumlah populasinya disyaki kurang daripada 10,000 ekor dewasa.
7. Kucing Pampas (Leopardus Pajeros)
kucing-liar-07
Kucing Pampas adalah kucing kecil berasal dari negara-negara Amerika Selatan seperti Argentina, Chile, Bolivia, Peru, Ecuador, dan sebahagian Colombia. Ia mendiami kawasan padang rumput, dan hutan kering pada ketinggian sehingga 5000 meter.
8. Fishing Cat (Prionailurus Viverrinus)
kucing-liar-10
Fishing Cat adalah kucing liar bersaiz sederhana mendiami kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pada tahun 2008, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam. Populasi fishing cat diancam oleh kemusnahan paya menyebabkan populasinya merosot teruk sejak sedekad lalu. Fishing cat tinggal di sekitar tanah lembap, sepanjang sungai, anak sungai, tasik oxbow dan paya bakau.
Fishing cat adalah haiwan kebangsaan negeri Bengal Barat.
9. Serval (Leptailurus Serval)
kucing-liar-11
Serval adalah kucing Afrika liar bersaiz sederhana di kawasan sub-Sahara Afrika. Oleh kerana populasinya yang meluas, ia telah disenaraikan sebagai "Least Concern" dalam Senarai Merah IUCN sejak tahun 2002.
10. Kucing Bay (Catopuma Badia)
kucing-liar-12
Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020. Pada tahun 2007, saiz populasi dijangka hanya sebanyak 2500 ekor kucing dewasa.

No comments

Powered by Blogger.